Harian Metro

Barua angkut PATI

Pengurus ladang, 4 warga asing ditahan cuba seludup guna feri

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

Seorang pengurus ladang antara lima ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup 50 pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunaka­n feri di Sungai Kinabatang­an berdekatan Jeti Ladang Morisem, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 2 petan, lelaki berkenaan ditahan bersama empat lagi warga asing yang dipercayai membantu memindahka­n semua PATI yang berasal dari Filipina dan Indonesia.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an Superinten­dan A Sahak Rahmat berkata, semua mereka ditahan dalam serbuan dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatang­an.

Beliau berkata, operasi turut mendapat kerjasama dari Balai Polis Sukau.

“Kami menahan sebuah feri di Sungai Kinabatang­an dan pemeriksaa­n lanjut menemui 50 PATI yang cuba diseludup masuk ke daerah ini.

“Lima individu lain termasuk seorang pengurus ladang pula dipercayai bertindak mengendali­kan urusan kemasukan semua PATI terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, daripada 55 yang ditahan, seorang adalah warga tempatan, Filipina (43) dan Indonesia (11) terdiri daripada 28 lelaki dewasa, wanita dewasa (sembilan), kanak-kanak lelaki (10) dan kanak-kanak perempuan (lapan).

Katanya, berdasarka­n siasatan awal, semua PATI itu dibawa masuk ke daerah ini oleh pengurus ladang berkenaan dan mereka sebelum ini bekerja di sebuah ladang di negeri ini dan mahu dipindahka­n ke ladang lain.

“Mereka dibawa dengan tiga lori dan tujuh motosikal ke Jeti Sukau sebelum dibawa dengan feri berkenaan untuk ke Jeti Ladang Moresim pula,” katanya.

Beliau berkata, pengurus ladang dan semua PATI terbabit ditahan untuk siasatan lanjut dan polis turut menyita tiga lori dan tujuh motosikal yang digunakan dalam kegiatan itu.

“Semua warga asing yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c), Akta Imigresen 1959/ 1963 manakala lima lelaki yang membawa warga asing terbabit disiasat mengikut Seksyen 26J, Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

 ??  ?? WARGA asing yang ditahan dalam serbuan ke atas sebuah feri.
WARGA asing yang ditahan dalam serbuan ke atas sebuah feri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia