Harian Metro

TALIAN HAYAT TERPUTUS

“Syikin, tolong mak, tolong mak.” Itu jeritan terakhir mangsa, Noriah Kasa, 40, yang menelefon anak sulungnya, Norasyikin Zuryaniduf­izan, 20, ketika dia tersepit selepas bas kilang dinaikinya merempuh bas kilang lain dalam kemalangan mengorbank­an lapan pe

- 6,7,8&9

Nahas 2 bas kilang

8 maut, 8 kritikal, 24 cedera

Terjun drebar enggan berhenti

Ingin zuriat bergelar ustaz

Arwah ibu telefon menjerit minta tolong

“Syikin, tolong mak, tolong mak.” Itu jeritan terakhir mangsa, Noriah Kasa, 40, yang menelefon anak sulungnya, Norasyikin Zuryaniduf­izan, 20, ketika dia tersepit selepas bas kilang dinaikinya merempuh bas kilang lain dalam kemalangan mengorbank­an lapan pekerja, semalam.

Kemalangan berlaku pada jam 5.50 pagi di Kilometer 147, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampira­n Plaza Tol Juru, dekat sini.

Kata-kata Noriah itu masih terngiang-ngiang di telinga Norasyikin dan tidak menyangka itu suara terakhir ibunya yang kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tujuh lagi yang terkorban adalah pekerja kilang wanita warga Indonesia yang menaiki bas

depan yang dirempuh bas kilang dinaiki Noriah.

Norasyikin berkata, dia menerima panggilan telefon daripada ibunya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dengan menaiki van kilang.

“Ibu pergi kerja terlebih dulu menaiki bas manakala saya menaiki van dan berada kira-kira 1.4 kilometer dari basnya.

“Arwah menelefon saya dan meminta tolong beberapa kali sebelum panggilann­ya terputus,” katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya, di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum itu, hatinya memang tidak tenteram ketika berada di dalam van yang berhenti akibat terperangk­ap dalam kesesakan lalu lintas

berikutan kemalangan berkenaan.

“Saya kemudian menghubung­i rakan saya, Mohd Sabri Azhar yang menaiki motosikal dan memintanya menjemput saya di tepi lebuh raya.

“Ketika itu saya cuba menghubung­i ibu, namun tidak berjawab. Tidak lama selepas itu, ada individu menelefon saya menggunaka­n telefon bimbit ibu dan memberitah­u dia sudah meninggal dunia,” katanya.

Norasyikin berkata, dia dan rakannya yang tiba di HSJ selepas itu kemudian diberitahu ibunya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, bapa dan ibunya berpisah lapan tahun lalu ketika usianya 12 tahun dan dia tinggal bersama ibu sejak kecil.

“Setiap pagi, ibu akan memasak bekal sarapan untuk kami sebelum dia keluar ke tempat kerja,” katanya.

Menurut Norasyikin, dua adiknya masih belajar iaitu Nornadia 18, di Ipoh, Perak, manakala Zarul Haziq, 12, di Balik Pulau.

“Kini tinggal kami bertiga saja,” katanya.

Sementara itu, Zarul Haziq berkata, kali terakhir dia bertemu ibunya pada Sabtu lalu di Madrasah Darul Furqan, Sungai Rusa, Balik Pulau.

“Mak datang melawat saya dan sebelum pulang, dia sempat memeluk dan menasihati saya supaya menjaga diri.

“Hanya itu pesanan terakhir mak dan saya sangat rindukanny­a,” katanya sebak.

Menurutnya, dia dimasukkan ke pusat tahfiz terbabit oleh ibunya sejak awal tahun lalu dan terkejut apabila bapa saudara datang menjemputn­ya pagi semalam serta memaklumka­n ibunya sudah meninggal dunia.

Katanya, dia hanya mampu sedekahkan al-Fatihah kepada ibunya sebaik mendengar berita sedih itu.

 ??  ?? NORASYIKIN memujuk adiknya selepas ibu mereka terkorban dalam
kemalangan.
NORASYIKIN memujuk adiknya selepas ibu mereka terkorban dalam kemalangan.
 ??  ??
 ??  ?? WARIS mangsa yang berada di Hospital Seberang Jaya gagal mengawal emosi apabila mengecam mayat.
WARIS mangsa yang berada di Hospital Seberang Jaya gagal mengawal emosi apabila mengecam mayat.
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitka­n dua bas kilang, semalam.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitka­n dua bas kilang, semalam.
 ??  ?? MANGSA yang cedera diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian.
MANGSA yang cedera diberi rawatan kecemasan di tempat kejadian.
 ??  ?? MAYAT mangsa kemalangan dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk diuruskan.
MAYAT mangsa kemalangan dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk diuruskan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia