Harian Metro

HIKMAH DERITA KANSER

- Nazri Abu Bakar am@hmetro.com.my

Wanita jalani rawatan kemoterapi 25 kali kini pulih

“Selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap dua pada 2007, saya berasa saat kematian itu sudah makin hampir.

“Namun saya tabahkan diri, tak berhenti berdoa dan berikan senyuman kepada semua orang untuk sembunyika­n kesakitan.

“Tekanan semakin hebat apabila bulu pada badan terutama rambut dan bulu mata gugur selepas menjalani rawatan kemoterapi,” kata Rozaimah Mat Sidek, 56, yang kini pulih daripada penyakit itu.

Rozaimah berazam untuk berkongsi pengalaman melawan kanser dideritain­ya agar menjadi pembakar semangat kepada pesakit lain untuk meneruskan hidup.

Katanya, tekanan emosi dialaminya selepas disahkan menghidap kanser payudara tahap dua sukar untuk digambarka­n melalui kata-kata.

Katanya, semangat diberikan keluarga dan rakan karib memberi kekuatan kepada dirinya untuk tabah melawan kanser hingga pulih semula.

Kakitangan awam itu berkata, kukunya menjadi lebam, kerap sakit pada sendi, sukar tidur dan mengalami pelbagai komplikasi kesan daripada pengambila­n ubat.

Katanya, sebagai wanita dia mengalami gangguan emosi kerana warna kulitnya berubah menjadi gelap selepas menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 25 kali.

“Ada hikmahnya di sebalik dugaan ini kerana saya semakin dekat dengan Maha Pencipta, sekarang saya mahu kongsi pengalaman melawan kanser dengan semua orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan rakan, tanpa kira usia atau jantina.

“Punca kanser sukar dikenal pasti namun haid terlalu awal, wanita tidak pernah melahirkan anak, genetik dan pemakanan antara menyebabka­n individu diserang penyakit ini,” katanya ketika ditemui pada program Perkongsia­n Santai Membudayak­an IQRA dan llmu Fasa 1 anjuran Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kampus Alor Gajah, di sini, semalam.

Wanita itu berkata, dia juga kerap meluangkan masa dengan bekas mangsa kanser untuk mendapatka­n nasihat, selain berkongsi madu salah dihadapi bagi melegakan tekanan ditempuhin­ya.

Namun, dia tidak menafikan ada rawatan perubatan tradisiona­l atau alternatif mampu membantu merawat masalah kanser, namun masih bergantung kepada kesesuaian badan indivi- terbabit.

Menurutnya, dia terpaksa menggunaka­n wang sendiri selepas skim perlindung­an insurans miliknya sudah tidak lagi dapat menampung kos rawatan susulan kanser yang dianggap amat tinggi.

“Pesakit kanser juga kena tabah, contoh saya kena berdikari iaitu pergi sendiri ke hospital untuk proses rawatan kerana ketika itu suami bertugas di Johor Bahru, Johor, manakala saya pula tinggal di Shah Alam, Selangor,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA tetamu yang hadir mendengar perkongsia­n Rozaimah melawan kanser.
ANTARA tetamu yang hadir mendengar perkongsia­n Rozaimah melawan kanser.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia