Harian Metro

RAGAM ASMARA

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Hubungan pasangan pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong yang sebelum ini berantakan kembali jernih.

Kamal ketika dihubungi berkata, keadaan dingin yang dihadapi sebelum ini sudah menunjukka­n sedikit perubahan.

“Namun, saya tahu Emma masih marahkan saya. Jadi, biarlah saya memberinya sedikit ruang. Apapun, saya bersyukur Emma sekarang sudah mula menunjukka­n perubahan dan tidak lagi dingin terhadap saya seperti sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, heboh mengenai hubungan mereka dikatakan tegang yang dikatakan turut membabitka­n pelakon jelita, Zahirah MacWilson.

Bagaimanap­un, Emma yang sebelum itu mahu memutuskan hubungan dengan Kamal menyatakan kenyataan itu timbul ketika dia berada dalam situasi yang ‘sakit’ dan marah.

Ditanya mengenai tindakan Zahirah menyalahka­nnya dalam kemelut hubunganny­a dengan Emma dan memuat naik perbualan mereka di Instagram, baru-baru ini, Kamal berkata, dia tidak faham dan keliru dengan tindakan Zahirah itu.

“Sebelum ini, saya, Emma, Zahirah dan kekasihnya, Zul Ariffin sudah bertemu. Kami sudah mencapai kata sepakat dan tidak akan ada isu berbangkit selepas itu. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya sudah memohon maaf kepada semua pihak.

“Apabila memberikan kenyataan kepada media, saya sudah menegaskan awal-awal lagi bahawa jangan kaitkan nama Zahirah kerana semuanya salah saya. Apa yang penting bagi saya masalah dapat diselesaik­an dan saya sendiri mahu menyelamat­kan hubungan dengan Emma,” katanya.

Kamal berkata, dia tidak faham kenapa Zahirah mahu mengeruhka­n lagi hubunganny­a dengan Emma.

“Kami memang tidak curang dengan pasangan masing-masing. Malah, hubungan dia dengan Zul juga tiada masalah. Mengapa dia tidak cuba membantu dan melakukan perkara sama seperti yang saya lakukan terhadap hubungan dia dengan Zul,” katanya.

Kamal lega Emma tidak lagi dingin selepas

isu dengan Zahirah

 ??  ?? EMMA dan Kamal Adli.
EMMA dan Kamal Adli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia