Harian Metro

Dituduh tipu 2 jururawat niaga nasi lemak

-

Kuala Lumpur: Pereka koleksi Jubah Pahlawan Ahmad Syubaili Aziz, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan memperdaya­kan dua jururawat berhubung perniagaan nasi lemak membabitka­n kerugian RM84,000.

Tertuduh bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abdul Rahman.

Ahmad Syubaili didakwa memperdaya­kan seorang wanita berusia 24 tahun dalam urusan sebagai rakan kongsi perniagaan sehingga mendorong mangsa memberikan wang tunai RM50,000 kepadanya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bank Rakyat Jalan Ipoh di sini, awal 2015.

Tertuduh didakwa memperdaya­kan seorang lagi wanita berusia 24 tahun dengan menawarkan perniagaan nasi lemak sehingga menyebabka­n mangsa menyerahka­n wang tunai RM34,000.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Bank Rakyat Dataran Taman Shamelin, Cheras, di sini pada jam 2 petang, 29 Mei 2015.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Ahmad Syubaili didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan juga denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norelynna Hanim Abd Halim manakala tertuduh diwakili peguam P Sutheswary.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sekali sebulan.

Mahkamah menetapkan 30 November depan untuk sebutan semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia