Harian Metro

MERENGEK CARI EMAK

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang parah ditetak seorang lelaki di rumahnya di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran, Rabu lalu, tidak berhenti-henti menangis dan memanggil nama ibunya.

Ia selepas Cherin yang parah di perut akibat kejadian itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, dekat sini, untuk rawatan lanjut, sejak kelmarin.

Apa yang memilukan, kanak-kanak itu tidak mengetahui ibunya, Hanave Ingue, 23, yang hilang selepas melarikan diri daripada diserang lelaki sama meninggal dunia apabila ditemui lemas di sungai di Kampung Lubok, pada petang kelmarin.

Sehingga lewat petang semalam, Cherin masih ditempatka­n di wad PICU di hospital berkenaan.

Hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan memasuki wad di unit itu.

Difahamkan, sejak Cherin berada di wad unit itu, ahli keluarga kanak-kanak itu dilihat menenangka­n kanak-kanak terbabit setiap kali dia menangis.

Sumber berkata, apabila Cherin menangis, ahli keluarga memberitah­u ibunya, Hanave akan datang melawatnya tidak lama lagi.

Dia yang turut menjaga anaknya di wad sama berkata, Cherin tidak berhenti menangis walaupun dipujuk jururawat dengan alat permainan.

Pada kejadian jam 2.30 petang Rabu lalu, seorang lelaki bersenjata­kan parang meluru ke sebuah rumah yang dihuni tiga keluarga di Kampung Lubok.

Suspek berusia 66 tahun berang dengan rakan sekerja dikenali sebagai Sabindo, 45, yang didakwa menyebabka­nnya hilang pekerjaan.

 ??  ??
 ??  ?? KANAK-KANAK perempuan yang parah selepas ditetak seorang lelaki di rumahnya di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran.
KANAK-KANAK perempuan yang parah selepas ditetak seorang lelaki di rumahnya di Kampung Lubok, Kiulu, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia