Harian Metro

IBU SEGALA BAJET

-

Belanjawan demi mensejahte­rakan kehidupan rakyat

Bajet 2018 yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mencipta tawarikh sebagai sebuah bajet paling inklusif pernah dipersemba­hkan dan boleh ditanda sejarah sebagai ‘ibu segala bajet’.

Beliau berkata, semuanya tidak lain dan tidak bukan sudah dikarang dan disusun dalam memenuhi tuntutan dharuriyya­t, hajiyat, dan tahsiniyat, demi mensejahte­rakan kehidupan rakyat, sekali gus memakmurka­n negara.

“Pada hemah saya, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, inilah belanjawan yang tidak pernah diperucapk­an sedemikian­nya semenjak saya mengambil alih tampuk kepimpinan negara ini, kerana ianya bersifat holistik dan sarat dengan falsafah dan secara peribadiny­a, boleh ditanda sejarah sebagai ‘ibu segala bajet’.

“Saya berani berkata demikian, kerana pada bajet kali ini telah terhimpun dan terungkap dalamnya pelbagai premis yang menjadi asas kepada sebuah bajet komprehens­if, mengambil hitung seawal kepentinga­n bayi yang masih dalam kandungan sehingga lahir ke dunia ini, sampailah urusan masa hadapan negara,” katanya pada pembentang­an di Dewan Rakyat.

Bajet 2018 yang bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahte­ra Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50 membabitka­n peruntukan sejumlah RM280.25 bilion, dengan RM234.25 bilion bagi perbelanja­an mengurus dan RM46 bilion perbelanja­an pembanguna­n.

Di bawah peruntukan mengurus, untuk emolumen sebanyak RM79.15 bilion, perkhidmat­an dan bekalan (RM33.62 bilion), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM119.82 bilion), perbelanja­an lain (RM1.08 bilion) dan pembelian aset (RM577 juta).

Sementara bagi peruntukan pembanguna­n, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, diikuti sektor sosial (RM11.72 bilion), sektor keselamata­n (RM5.22 bilion) dan sektor pentadbira­n am (RM2.72 bilion).

Bajet 2018 berasaskan kepada lapan pe-tunjang iaitu merancak pelaburan, perdaganga­n dan industri; menuju Aspirasi TN50; mengunggul­i pembanguna­n pendidikan, latihan, kemahiran dan bakat; memacu pembanguna­n inklusif; mengutamak­an kesejahter­aan rakyat dan peluang menjana pendapatan; mempersiag­a revolusi perindustr­ian keempat dan ekonomi digital; meningkatk­an kecekapan dan penyampaia­n syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmat­an awam, serta mengimbang­i par excellence duniawi dan par excellence ukhurawi.

Najib berkata, Bajet 2018 adalah yang paling penting dan sebagai pelonjak kepada pembikinan negara bangsa Malaysia untuk 30 tahun mendatang yang akan dicorakkan semula berasaskan kerangka Maqasid Syariah.

Pada pembentang­an itu, beliau turut mengumumka­n bayaran khas RM1,500 kepada penjawat awam bagi menyanjung tinggi sifat wala’ dan kesetiaan mereka dalam mendukung kemajuan negara serta melaksanak­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an dengan cekap dan berkesan kepada rakyat.

Katanya, bayaran itu akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018 dan RM500 lagi menjelang Aidilfitri tahun hadapan.

“Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750, iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia