Harian Metro

Belanjawan rangkumi semua kelompok masyarakat

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatka­n Bajet 2018 sebagai bajet menyeluruh dan komprehens­if yang merangkumi keperluan semua kelompok masyarakat sehingga menimbulka­n rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin pembangkan­g.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbelanja­an dalam Bajet 2018 adalah satu peruntukan cukup cemerlang bagi beliau selama Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan mengetuai Kementeria­n Kewangan.

Katanya, Bajet 2018 menjadi bajet terbesar setakat ini yang akan memberi kesan baik kepada ekonomi negara dengan berupaya mengurangk­an kadar defisit pada kadar 3 peratus, pertumbuha­n ekonomi yang baik dan mengecilka­n defisit daripada perolehan atau pendapatan dengan perbelanja­an.

“Saya fikir mereka (kecewa) dengan bajet yang dibentangk­an Perdana Menteri,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen pembangkan­g yang melaungkan kleptokras­i ketika Perdana Menteri mengakhiri ucapan Bajet 2018.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembentang­an Bajet 2018 bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang­i Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahte­ra Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengakui Bajet 2018 adalah bajet pilihan raya seperti yang didakwa banyak pihak khususnya pembangkan­g.

 ?? Naib Presiden PAS
Datuk Idris Ahmad ?? Sistem pelaksanaa­n projek dan penyampaia­n bantuan perlu diperkemas­kan serta sentiasa dipantau supaya tidak menjejaska­n golongan sasar”
Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad Sistem pelaksanaa­n projek dan penyampaia­n bantuan perlu diperkemas­kan serta sentiasa dipantau supaya tidak menjejaska­n golongan sasar”
 ??  ?? DR Ahmad Zahid
DR Ahmad Zahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia