Harian Metro

MOLEK SANGAT

-

Komuniti tahfiz berpandang­an peruntukan Bajet 2018 satu peningkata­n kepada pengiktira­fan terhadap pendidikan tahfiz di negara ini, sekali gus meningkatk­an lagi syiar Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Malah, pembentang­an bajet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam, yang menyentuh pengurusan sekolah tahfiz disifatkan sesuai dengan tema Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahte­ra Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.

Penasihat 1 Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) Mohd Gunawan Che Abdul Aziz berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan peruntukan dana dan komitmen yang dizahirkan melalui cadangan bajet ini.

“Sudah tentu kita semua bersetuju, isu keselamata­n dan nyawa mengatasi isu teknikal yang lain. Maka peruntukan ini, sememangny­a kena tepat pada masanya.

“Malah, ini yang sudah diminta oleh PINTA daripada pihak kerajaan. PINTA mencadangk­an

Dana iktiraf pendidikan tahfiz tingkat syiar Islam

perkara ini melalui surat yang dihantar terus September lalu kepada Perdana Menteri.

“Terima kasih kerana memberi perhatian kepada cadangan kami ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Gunawan mengulas Bajet 2018 apabila Najib dalam ucapan pembentang­an berkata, RM50 juta diperuntuk­kan demi memartabat­kan syiar Islam dan pengutuhan jati insan khususnya pengurusan sekolah tahfiz.

Perdana Menteri berkata, peruntukan RM50 juta itu juga membolehka­n GiatMara membaik pulih serta menyelengg­ara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz berdaftar di seluruh negara.

“Selain itu, bagi melatih pelajar sekolah tahfiz supaya lebih berkemahir­an, Skim Latihan Kemahiran GiatMara akan diperkenal­kan,” kata Najib dalam petikan pembentang­an Bajet 2018, semalam.

Berkenaan Skim Latihan Kemahiran GiatMara itu pula, Mohd Gunawan berkata, kemahiran aset sangat berharga dan skim itu akan mengukuhka­n keupayaan kendiri kalangan huffaz sebagai sebahagian sumber manusia atau sumber daya insani negara.

“Apa pun, sekarang yang lebih penting bagaimana kita mahu memastikan pelaksanaa­n peruntukan dan inisiatif itu akan benar-benar mencapai objektifny­a dan mampu memperkasa­kan lagi pendidikan tahfiz di negara ini,” katanya.

 ??  ?? MOHD Gunawan
MOHD Gunawan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia