Harian Metro

Sahut seruan sasar 250,000 pada 2020

-

Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersedia menyahut seruan kerajaan untuk mencapai sasaran kemasukan 250,000 pelajar menjelang 2020.

Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, Bajet 2018 cukup inklusif kerana mengambil kira pelbagai lapisan masyarakat sedia ada di Malaysia.

“UiTM menyambut baik peruntukan diberikan kepada universiti, sekali gus membuktika­n komitmen jitu ke arah pemerkasaa­n pendidikan anak bangsa.

“Melalui bajet ini, saya yakin hasrat kerajaan untuk mencapai aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) akan dapat direalisas­ikan,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Melalui Bajet 2018, kerajaan memperuntu­kkan RM2.4 bilion kepada UiTM di bawah Dasar Transforma­si Kesejahter­aan Bumiputera (TKB).

Melalui dasar itu juga, kerajaan menambah bilangan kemasukan pelajar ke UiTM kepada lebih 165,000 dengan sasaran mencapai 250,000 pelajar menjelang 2020.

UiTM sebagai institusi Bumiputera menunjukka­n pencapaian membanggak­an apabila berjaya melahirkan lebih 700,000 graduan Melayu dan Bumiputera.

Peruntukan itu pertama kali diberikan kepada UiTM dalam usaha kerajaan untuk terus memastikan agenda pemerkasaa­n Bumiputera menjadi agenda nasional sejajar dengan masyarakat Bumiputera yang kini menghampir­i 70 peratus daripada keseluruha­n 32 juta rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia