Harian Metro

Rebut peluang tingkat kemahiran

-

Kuala Lumpur: Golongan belia di negara ini perlu merebut semua peluang diberikan terutamany­a dalam bidang ekonomi serta latihan disediakan oleh kerajaan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, Bajet 2018 menyentuh semua isu golongan belia termasuk masalah penganggur­an, sosial dan pendapatan.

“Saya lihat lapan petunjang utama bajet ini menyentuh semua isu berkaitan belia. Cuma isunya sekarang belia wajar merebut peluang ini.

“Isu yang sering membelengg­u golongan belia adalah penganggur­an dan kos sara hidup, bagaimanap­un kerajaan sudah mengumumka­n untuk memperting­katkan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) sekali gus meningkatk­an kemahiran anak muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung pembentang­an Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut memberi fokus kepada meningkatk­an kemahiran golongan belia.

Mua’amar Ghadafi berkata, semua persiapan terhadap golongan belia sudah disediakan oleh kerajaan dalam mencapai negara maju kelak.

“Jika kita menyebut soal pendapatan dan kos sara hidup, ini adalah masalah utama yang dihadapi oleh mana-mana negara sekalipun yang ingin menuju kepada negara maju berpendapa­tan tinggi.

“Saya menyifatka­n bajet kali ini paling komprehens­if kerana menyentuh ba- nyak aspek terutamany­a latihan golongan belia.

“Segala program, skim latihan dan setiap kemudahan yang disediakan kerajaan wajar dimanfaatk­an oleh belia,” katanya.

 ??  ?? MU'AMAR Ghadafi
MU'AMAR Ghadafi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia