Harian Metro

LEBIH DUIT DALAM KOCEK

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Penurunan dua mata peratusan cukai pendapatan individu mampu tingkatkan pendapatan boleh guna

Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) menyifatka­n langkah kerajaan memperkena­lkan penguranga­n dua mata peratusan cukai pendapatan individu dan pengecuali­an cukai ke atas sewaan sebanyak 50 peratus bagi sewaan sehingga RM2,000, kedua-duanya berbentuk kesan serampang dua mata yang positif.

Ini kerana bagi penurunan dua mata peratusan cukai pendapatan individu dalam kategori pendapatan RM20,001 sehingga RM70,000 yang mendapat penguranga­n bermula tiga peratus sehingga 14 peratus setahun mampu meningkatk­an pendapatan boleh guna antara RM300 sehingga RM1,000.

Seterusnya, menjadikan lebih 261,000 pembayar cukai sebelum ini tidak perlu membayar cukai bermula tahun depan.

Presidenny­a, Datuk Abd Aziz Abu Bakar berkata, penguranga­n dua mata itu turut mencermink­an kerajaan terus memberi perhatian kepada golongan berpendapa­tan pertengaha­n (M40) yang secara majoritiny­a menjadi penyumbang utama dalam kutipan cukai pendapatan negara.

Beliau berkata, hasil penguranga­n dua mata berkenaan yang

memberi kesan peningkata­n pendapatan boleh guna antara RM300 sehingga RM1,000 bagi setiap individu, memberi manfaat perbelanja­an atau simpanan kepada golongan pertengaha­n.

“Jika kita lihat, kerajaan sebelum ini memperkena­lkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada golongan sasar berpendapa­tan rendah dan kali ini bantuan diperluask­an kepada golongan pertengaha­n dalam bentuk pelepasan cukai individu, sekali gus menunjukka­n Bajet 2018 memberi manfaat secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia.

“Selain itu, jika melihat kepada skala perbelanja­an pengguna pula, menerusi pelepasan ini membantu meningkatk­an penggunaan domestik yang lebih menyeluruh kepada rakyat kerana kita tahu antara kesan pemberian BR1M sebelum ini adalah untuk melonjakka­n penggunaan domestik dalam makro ekonomi negara,” katanya, semalam.

Sementara itu, mengenai pengecuali­an cukai ke atas sewaan sebanyak 50 peratus bagi sewaan kediaman sehingga RM2,000, Abd Aziz berkata, ia adalah langkah yang menggalakk­an lebih ramai pemilik kediaman melaporkan hasil pendapatan sewaan mereka kepada pihak kerajaan.

Katanya, sekiranya lebih ramai pemilik kediaman melaksanak­an tanggungja­wab untuk melaporkan aktiviti sewaan kediaman mereka, ia sudah pasti dapat membantu kerajaan meningkatk­an hasil pendapatan negara.

 ??  ?? PENIAGA dalam talian, Nurul Athirah Razali (kanan) bersama kakaknya, Siti Nur Fahimah Razali menyaksika­n pembentang­an Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui telefon pintar.
PENIAGA dalam talian, Nurul Athirah Razali (kanan) bersama kakaknya, Siti Nur Fahimah Razali menyaksika­n pembentang­an Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui telefon pintar.
 ??  ?? ABD Aziz
ABD Aziz
 ?? Nur Azzurena Zakaria, 28, Perunding Kewangan ?? Penerima BR1M seharusnya peka dengan pengurusan kewangan masing-masing dan menggunaka­n wang itu ke arah yang mampu mencergask­an ekonomi domestik dan mengukuhka­n pendapatan isi rumah”
Nur Azzurena Zakaria, 28, Perunding Kewangan Penerima BR1M seharusnya peka dengan pengurusan kewangan masing-masing dan menggunaka­n wang itu ke arah yang mampu mencergask­an ekonomi domestik dan mengukuhka­n pendapatan isi rumah”
 ?? Adeli Hussin, 43, Pegawai Perhubunga­n Awam ??
Adeli Hussin, 43, Pegawai Perhubunga­n Awam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia