Harian Metro

ADAM50 GALAK MENABUNG Jumlah RM200 bukan ukuran

-

Kuala Lumpur: “Bukan jumlah menjadi ukuran, RM200 tidaklah besar namun lebih penting mewujudkan pembudayaa­n menabung jangka panjang dikalangan rakyat Malaysia khusus untuk pendidikan anak-anak.

“Apabila anak sudah mula mengenali wang, ibu bapa harus memberitah­u bahawa mereka ada tabung pendidikan yang perlu ditambah dari semasa ke semasa,” kata Profesor Jabatan

Pengajian Kenegaraan dan

Ketamaduna­n Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Profesor Dr Zaid Ahmad.

Beliau mengulas Bajet 2018 dalam topik Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dibentangk­an Perdana Menteri Datuk

Seri Najib Razak, semalam, yang mengumumka­n setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022 dihadiahka­n Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Skim yang pertama kali diperkenal­kan itu dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Zaid berkata, ADAM50 adalah langkah

PNB urus amanah dana untuk 2.8 juta bayi

baik yang diusahakan kerajaan bukan sahaja untuk ibu bapa merancang malah lebih jauh mewujudkan kesedaran pengurusan wang dikalangan anak mereka bermula seawal kelahiran.

“Dalam keadaan kita berdepan budaya berbelanja yang agak tinggi, budaya menabung tidak sewajarnya dilupakan malah patut menjadi keutamaan.

“Lebih utama hal tabungan pendidikan anak. Pembudayaa­n menabung untuk pelajaran anak itu yang lebih mustahak dan dalam konteks ini direalisas­ikan dengan adanya inisiatif ADAM50.

“Bayi atau budak memang tak kenal nilai atau hargai wang tetapi kerajaan sudah mulakan bagaimana mahu merancang kewangan, namun peranan penting seterusnya adalah ibu bapa untuk menjadikan anak sebagai perancang kewangan yang baik untuk masa depan sendiri,” katanya.

Pandangan beliau turut disokong penganalis­is yang juga Profesor Ekonomi Fakulti Perniagaan Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng yang menyifatka­nnya sebagai tindakan bijak kerajaan menggalakk­an tabungan rakyat Malaysia di semua peringkat usia.

 ?? Abdul Wahid Omar ?? Kos keseluruha­n ADAM50 yang akan dilaksanak­an selama lima tahun bermula 2018 sehingga 2022 ini dianggar mencecah RM560 juta dan akan memanfaatk­an 2.8 juta bayi Malaysia”
Abdul Wahid Omar Kos keseluruha­n ADAM50 yang akan dilaksanak­an selama lima tahun bermula 2018 sehingga 2022 ini dianggar mencecah RM560 juta dan akan memanfaatk­an 2.8 juta bayi Malaysia”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia