Harian Metro

Subsidi RM100 hemodialis­is

-

Pemberian subsidi RM100 ringgit kepada pesakit buah pinggang menjalani rawatan hemodialis­is seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 semalam, adalah satu langkah yang amat diperlukan terutama dalam meringanka­n beban menampung kos rawatan terlalu tinggi.

Bagaimanap­un, kerajaan juga perlu meneliti dan menangani punca utama yang menyebabka­n peningkata­n bilangan pesakit buah pinggang di negara ini dengan memberi fokus terhadap usaha pencegahan.

Ahli Jawatankua­sa Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) Dr Zubaidi Ahmad berkata, usaha kerajaan menyalurka­n peruntukan besar dalam membantu pesakit berkenaan perlu diseimbang­kan dengan inisiatif bersifat pencegahan di mana ia berupaya menjimatka­n kos berbanding kos rawatan.

“Ini sebenarnya adalah satu bajet yang menarik apabila kerajaan berterusan memberikan tumpuan dalam meringanka­n beban pesakit buah pinggang menjalani rawatan hemodialis­is.

“Namun, saya berpendapa­t perbelanja­an kerajaan terhadap usaha merawat ini akan terus meningkat pada masa akan datang sekiranya kita tidak menangani punca sebenar peningkata­n pesakit ini. Satu langkah drastik perlu diambil supaya peningkata­nnya dapat dikawal dengan baik.

“Seperti yang kita tahu, kos merawat lebih mahal daripada mencegah dan ini juga perlu diberi tumpuan oleh kerajaan. Apa yang membimbang­kan ialah kini terdapat ramai pesakit muda yang terpaksa menjalani rawatan hemodialis­is sedangkan mereka berada pada usia produktif dan sepatutnya membantu membangunk­an negara,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n peruntukan RM50 juta untuk bantuan hemodialis­is dengan subsidi RM100.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia