Harian Metro

CUKUP BERGUNA

-

Warga PDRM gembira kebajikan diambil kira

“Bajet ini amat komprehens­if dan cukup berguna untuk warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).”

Itu yang dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang turut mengucapka­n ribuan terima kasih kepada keprihatin­an kerajaan kepada kebajikan ribuan tenaga kerja PDRM.

Menurutnya, dengan tumpuan khusus kepada Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej melalui Komunikasi (RDC3), usaha memantau dan membantera­s propaganda serta kegiatan kumpulan negara Islam (IS) yang giat merekrut ahli baru menggunaka­n Internet khususnya di rantau Asia dapat dijalankan dengan efektif.

“Usaha memerangi anasir Daish adalah sesuatu yang penting. Dengan adanya RDC3, keberkesan­an memerangi isu Daish akan menjadi lebih berkesan selepas ini terutamany­a pada ketika penyebaran ideologi mereka semakin lemah.

“Namun yang penting kegiatan merekrut (militan) melalui ruang maya dan media sosial akan dapat ditangani secara naratif. RDC3 satu pusat untuk memantau semua pergerakan dijangka dilakukan oleh pihak pengganas atau potensi melakukan keganasan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Katanya, 10,000 unit rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM yang akan dibina bukan saja meringanka­n beban anggota yang tidak memiliki rumah dan menyewa malah membantu mereka dalam memiliki unit kediaman sendiri pada kos yang minima mengikut tangga gaji masing masing.

“Peruntukan sebanyak RM9 billion untuk PDRM bagi memperting­katkan keselamata­n sempadan dan ketenteram­an awam juga adalah satu suntikan baru kepada kami bagi melaksanak­an tugas dengan lebih berkesan dan amanah.

“Kami juga dapat meningkatk­an sistem pertahanan keselamata­n di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk mengelak ancaman lain khususnya di Selatan Filipina. Selain itu, dengan peruntukan khas kepada Unit Tindakan Khas (UTK) akan meningkatk­an lagi moral dan kekuatan skuad elit PDRM ini,” katanya.

Katanya, pihaknya juga menyambut baik peruntukan RM720 juta kerajaan untuk membina 11 ibu pejabat polis dan enam balai selain pembelian kelengkapa­n senjata api dan kenderaan operasi.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyifatka­n peruntukan RM14 bilion serta RM3 bilion untuk pembelian dan penyelengg­araan aset pertahanan memenuhi kehendak serta keperluan ATM terutama dalam melengkapk­an keperluan pertahanan negara.

“Peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri ini kami sifatkan sebagai pengiktira­fan terhadap ATM kerana ia melebihi daripada jumlah yang kami minta sebelum ini biarpun secara dasarnya peruntukan dalam soal keselamata­n dan pertahanan memang sentiasa tidak akan cukup,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota bomba Kuala Terengganu tidak melepaskan peluang menonton pembentang­an Bajet 2018.
SEBAHAGIAN anggota bomba Kuala Terengganu tidak melepaskan peluang menonton pembentang­an Bajet 2018.
 ??  ??
 ??  ?? MOHAMAD Fuzi
MOHAMAD Fuzi
 ??  ?? RAJA Mohamed Affandi
RAJA Mohamed Affandi
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia