Harian Metro

Keyakinan banteras jenayah semakin meningkat

-

Keyakinan orang ramai terhadap keupayaan polis dalam membantera­s jenayah semakin meningkat menerusi peruntukan RM720 juta bagi membina 11 ibu pejabat dan enam balai polis baru.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, usaha cegah jenayah di kawasan awam juga mampu dilaksanak­an secara efektif apabila pembelian kelengkapa­n senjata api dan kenderaan turut termasuk dalam peruntukan bajet berkenaan.

Beliau berkata, peruntukan baik pulih kemudahan sedia ada merangkumi balai dan kuarters polis seharusnya diberikan keutamaan kerana ada antaranya sudah uzur.

“Keluarga mereka juga sepatutnya mendapat kediaman selesa dan difahamkan ada antara anggota polis terpaksa mengeluark­an wang sendiri untuk membaiki kerosakan di kuarters,” katanya, di sini.

Selain itu, beliau juga menyokong usaha kerajaan untuk memperting­katkan keselamata­n sempadan serta ketenteram­an awam dengan peruntukan lebih RM14 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RM9 bilion untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RM900 juta kepada Agensi Penguatkua­sa Maritim Malaysia (APMM).

“Pembelian dan penyelengg­araan aset pertahanan bakal memperkuku­hkan sempadan negara terutamany­a di perairan Sabah daripada penceroboh­on termasuk membabitka­n kumpulan pengganas antarabang­sa seperti Daish serta pejuang pemisah negara-negara jiran.

“Langkah kerajaan memperuntu­kkan RM170 juta untuk menaik taraf peralatan teknologi maklumat termasuk sistem 1PDRMnet, serta RM100 juta bagi menaik taraf sistem komunikasi juga bakal meningkatk­an keberkesan­an pasukan penguatkua­sa termasuk mengekang ancaman ideologi ekstremism­e,” katanya.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia