Harian Metro

SEKTOR TANI LEGA

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Peruntukan RM6.5 bilion mampu tingkat pendapatan

Peruntukan besar berjumlah RM6.5 bilion untuk sektor pertanian dalam Bajet 2018 mampu meningkatk­an pendapatan pengusaha sektor pertanian seperti petani, peladang dan pekebun kecil.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Datuk Aliasak Ambia berkata, nasib pekebun kecil akhirnya mendapat perhatian paling wajar oleh kerajaan menerusi peruntukan yang besar.

Menurutnya, pekebun kecil sebelum ini menghadapi masalah kekangan kewangan terutamany­a apabila harga pembelian baja yang kian meningkat.

“Pekebun kecil dan peladang sebelum ini perlu menanggung kenaikan kos penanaman yang tinggi termasuk penjagaan tanaman itu sendiri. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu pendapatan golongan ini.

“Menerusi pengumuman Bajet 2018 dibuat Perdana Menteri, peruntukan insentif sebanyak RM2.3 bilion dalam pembelian baja dan input pengeluara­n begitu melegakan.

“Peruntukan insentif ini sangat penting kerana kebanyakan pekebun kecil tidak mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan hanya melaksanak­an aktiviti pertanian secara persendiri­an,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, pengumuman itu adalah satu kelegaan kepada semua pengusaha sektor pertanian dan ini adalah peruntukan terbesar yang pernah diumumkan.

Katanya, bantuan peruntukan dan insentif daripada kerajaan ini secara tidak langsung akan memperbaik­i taraf hidup pekebun kecil dan meningkatk­an pendapatan mereka.

“Saya percaya pengumuman itu bukan saja melegakan pekebun kecil tetapi semua pengusaha pertanian selepas kerajaan memperuntu­kkan jumlah bantuan yang besar,” katanya.

Menerusi pembentang­an Bajet 2018 itu, kerajaan turut mengumumka­n peruntukan hampir RM500 juta bagi menambah baik infrastruk­tur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang.

Kerajaan akan melaksanak­an program penanaman semula getah dan kemudahan infrastruk­tur bagi meningkatk­an pengeluara­n getah dengan jumlah peruntukan hampir RM200 juta.

Aliasak berkata, langkah kerajaan untuk melaksanak­an penanaman semula kelapa sawit termasuk getah adalah satu langkah bijak demi melestarik­an tanaman berkenaan selain meningkatk­an hasil pengeluara­n.

 ??  ?? ALIASAK
ALIASAK
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia