Harian Metro

Manfaat kepada peneroka FELDA

-

Bajet 2018 yang dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semalam mampu memberi manfaat besar kepada peneroka FELDA di seluruh negara secara keseluruha­nnya.

Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Shamsuddin Othman berkata, peruntukan RM200 juta bagi menaik taraf sistem bekalan air, jalan serta lampu jalan di kawasan tanah rancangan FELDA memang sudah lama ditunggu kerana ketika ini banyak jalan di kawasan rancangan FELDA yang rosak dan perlu diperbaiki.

“Cuma, kalau boleh kita memohon kepada kerajaan untuk menanggung pembayaran bil elektrik tiang lampu yang dipasang di setiap kawasan rancangan yang ketika ini perlu dibayar oleh penduduk atau peneroka.

“Tidak seperti kampung tradisiona­l di tempat lain di mana bil elektrik untuk lampu jalan itu dibayar Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Jadi, kita berharap selepas ini, peneroka akan dapat menikmati manfaat seperti ini juga,” katanya.

Mengenai pembinaan Rumah Generasi Kedua FELDA, beliau berkata, pihaknya menyambut baik langkah kerajaan itu kerana ketika ini masih ramai anak peneroka yang tiada rumah sendiri dan tinggal di rumah ibu bapa mereka.

“Ini tentu menyebabka­n ketidaksel­esaan kepada mereka terutama kepada yang sudah berkeluarg­a,” katanya.

Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia Muhammad Fadzli Hasan berkata, pengumuman kerajaan untuk membayar semula wang Ses yang dibayar peneroka getah untuk tanaman semula kelapa sawit sebelum ini mampu meringanka­n beban mereka.

 ??  ?? SHAMSUDDIN
SHAMSUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia