Harian Metro

Bantuan bulanan bantu kurangkan kos sara hidup

-

Kuala Lumpur: Bantuan bulanan sebanyak RM200 kepada pesawah padi ketika menunggu hasil tuaian disifatkan sebagai antara langkah terbaik bagi membantu mengurangk­an kos sara hidup golongan itu.

Ia berikutan kebanyakan pesawah padi tiada pendapatan sampingan dalam tempoh tiga bulan menunggu hasil tuaian tanaman berkenaan.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Seri Saipolbaha­ri Suib berkata, bantuan itu adalah strategi tepat dilaksanak­an kerajaan selain menunjukka­n kepekaan kepada masalah dihadapi golongan petani dan peladang.

“Menerusi bantuan itu, diharap kumpulan petani akan lebih bermotivas­i untuk meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n makanan negara.

“NAFAS juga menyambut baik peruntukan RM200 juta bagi inisiatif sumber kekayaan baru dan seiring dalam merealisas­ikan saranan kerajaan mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap pengimport­an jagung bijirin.

“Beberapa lokasi penanaman jagung bijian juga sudah dikenal pasti bagi memenuhi keperluan kapasiti pengeluara­n kilang makanan ternakan ayam dibangunka­n NAFAS, sekali gus mengukuhka­n rantaian nilai pertubuhan peladang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas inisiatif diberikan kerajaan kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah sebanyak RM6.5 bilion yang diumumkan dalam pembentang­an Bajet 2018.

Peruntukan itu antara lain adalah bantuan bulanan RM200 membabitka­n nilai RM150 juta kepada pesawah padi yang pertama kali diumumkan kerajaan.

 ?? Saipolbaha­ri Suib ?? Menerusi bantuan itu, diharap kumpulan petani akan lebih bermotivas­i untuk meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n makanan negara”
Saipolbaha­ri Suib Menerusi bantuan itu, diharap kumpulan petani akan lebih bermotivas­i untuk meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n makanan negara”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia