Harian Metro

Dua abang noda adik tiri hingga mengandung ditahan

-

Ketil: Perbuatan durjana dua adik beradik lelaki dipercayai memperkosa adik tiri mereka sejak dua tahun lalu lalu hingga melahirkan anak membawa padah apabila ditahan oleh polis tengah hari kelmarin.

Suspek berusia 15 dan 13 tahun itu ditahan polis di rumah mereka di sebuah kampung di sini, susulan laporan dibuat oleh ibu tiri (pengadu) apabila mangsa melahirkan bayi lelaki, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling Superinten­dan Shariffudd­in Yusof berkata, siasatan awal pengadu berusia 45 tahun tidak mengetahui anak tirinya mengandung kerana tidak nampak perubahan dan tidak pernah dimaklumka­n apa yang berlaku.

Katanya, mangsa berusia 13 tahun mengadu kepada ibu tirinya bahawa dia sakit perut sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pemeriksaa­n.

“Mangsa mengadu sakit perut lalu dibawa ke hospital kira-kira jam 3.30 pagi semalam (kelmarin).

“Selepas membawa mangsa menjalani pemeriksaa­n doktor mengesahka­n mangsa mengandung dan sejurus itu mangsa melahirkan bayi lelaki,” katanya.

Shariffudd­in berkata, mangsa dipercayai dirogol oleh dua abang tirinya lebih daripada 30 kali setiap seorang sejak pertengaha­n 2015 sehingga Disember 2016.

“Mereka melakukan perkara itu ketika ibu bapa tidak ada di rumah,” katanya.

Shariffudd­in berkata, berikutan kejadian itu polis membuat tangkapan ke atas kedua-dua suspek di rumah mereka kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

“Kita menahan reman untuk siasatan lanjut selama tujuh hari bermula semalam hingga 2 November depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia