Harian Metro

SKANDAL RUPANYA

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

Suspek jalin hubungan sulit dengan isteri mangsa

Lelaki yang menembak mati pencuci kereta di rumah kongsi di FELDA Keratong 2, Muadzam Shah, di sini, Rabu lalu menggunaka­n senapang patah, disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isteri mangsa.

Sumber berkata, suspek yang juga penduduk tempatan berusia 30 tahun mempunyai hubungan rapat dengan isteri mangsa, selain dipercayai sering bertemu sejak beberapa bulan lalu tanpa pengetahua­n lelaki warga Indonesia itu.

“Mangsa yang berusia 30 tahun dapat tahu isterinya mempunyai hubungan sulit dengan suspek dan sebab itulah mereka hendak bercerai. Namun, wanita itu tidak berpuas hati menyebabka­n dia meminta tolong ‘kekasih gelapnya’ untuk menembak pencuci kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sumber itu berkata, suspek dipercayai tidak pulang ke rumahnya selepas menembak mangsa dan bersembuny­i di daerah ini kerana tidak dapat melarikan diri berikutan polis sudah menjalanka­n Ops Tutup di beberapa jalan utama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superinten­dan Azli Mohd Noor ketika dihubungi semalam, memaklumka­n operasi memburu suspek giat dijalankan dan pihaknya meminta orang ramai supaya tidak menyembuny­ikan suspek.

“Suspek amat berbahaya jadi kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubung­i balai polis berhampira­n untk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, isteri mangsa kini ditahan reman di Lokap Balai Polis Rompin untuk membantu siasatan mengikuti Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Harian Metro, semalam melaporkan, isteri kepada mangsa tembak seorang lelaki tidak dikenali menggunaka­n senapang patah di rumah kongsi FELDA berkenaan dipercayai dalang utama kejadian itu.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, kelmarin.
LAPORAN Harian Metro, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia