Harian Metro

CIPTAAN TERHEBAT

-

Manusia perlu syukuri anugerah akal fikiran dalam hidup

neuron lain dengan cara berbeza-beza. Ukuran susunan fikiran yang berbeza-beza di dalam otak jika ditulis tangan boleh mencapai 10.5 juta kilometer.

Dua sisi otak boleh bersambung melalui urat saraf yang rumit, disebut organ keras. Organ ini terdiri daripada 300 juta lipatan saraf penting yang memindahka­n pengetahua­n secara bolak-balik di antara dua sisi otak.

98 peratus daripada sel tubuh dan bahagian terkecilny­a berganti baru pada setiap tahun. Sel tulang yang besar berganti setiap tiga bulan, sel kulit berganti setiap sebulan dan sel hati berganti setiap enam minggu.

Sistem atau deria bau manusia mampu mengenal lebih daripada 10,000 bau yang berbeza-beza dalam satu waktu.

Apakah kita pernah memikirkan semua nikmat itu? Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitung­nya.”(Surah an-Nahl, ayat 18)

Andai kita ditanya,

“Awak pintar atau tidak? atau “Anak-anak awak pintar atau tidak?” Soalan seperti itu selalunya bukan mengharapk­an jawapan.

Sebaliknya, membawa kita berfikir dan merasai adakah kita menghukum kekuatan otak melalui nilai pencapaian akademik di sekolah semata-mata?

Walhal, kita semua dilahirkan pintar dan kreatif. Realitinya, ketika lulus daripada satu sistem sekolah, kita membawa nilai tertentu sepanjang hidup.

Lalu, apabila nilai akademik rendah, kita anggap diri bodoh, tidak mampu menghafal al-Quran dan susah memberikan tumpuan.

Kajian mengenai kecerdasan moden menunjukka­n manusia mempunyai tujuh, lapan atau sembilan kecerdasan berbeza.

Tokoh pendidikan dan psikologi terkenal, Howard Gardner membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa dan kelompok penduduk yang mempunyai kriteria istimewa.

Gardner mengatakan, kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika ibu bapa dikategori­kan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ, tidak semestinya anak mereka juga bodoh, begitulah sebaliknya.

Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada antara murid yang lemah daya ingatannya dilahirkan ibu bapa daripada golongan profesiona­l.

Sebahagian orang mungkin mencapai tahap tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap rendah dalam perkara lain.

Ada juga orang mempunyai kecerdasan tinggi hampir dalam semua kecerdasan berkenaan.

Kelapan-lapan kecerdasan itu saling berkait secara kompleks apabila seseorang melakukan sesuatu aktiviti.

Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik.

Kecerdasan ada banyak jenis antaranya kecerdasan kinestetik jasmani, muzikal (suara), interperso­nal (memahami lingkungan sekitar), visual, logika-matematika, verbal-linguistik, intuitif-spiritual dan intraperso­nal (mengenali diri sendiri).

Ada orang bijak di sekolah tetapi kecundang dalam kehidupan sebenar. Ada gagal di sekolah tetapi sangat berjaya dalam kerjaya.

Paling indah, cemerlang di sekolah serta berakhlak baik malah turut cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan sebenar.

Bill Gates adalah salah seorang individu tersohor dalam dunia teknologi. Beliau membina Microsoft sehingga menjadi satu perusahaan perisian terbesar di dunia.

Nama Bill Gates sering dinobatkan sebagai orang terkaya di dunia. Padahal, jika ditinjau kisah perjalanan hidupnya, dia pernah berhenti dari Universiti Harvard.

Namun, Gates pernah menyatakan penyesalan tidak sempat menyelesai­kan kuliahnya. Dia meminta mahasiswa tidak mengikuti jejaknya itu.

Kreativiti boleh dipelajari sesiapa saja. Otak akan bekerja menghasilk­an karya jika dilatih untuk berfikir dan bertindak kreatif.

Kisah yang ditampilka­n sebagai contoh itu jangan disalah tafsir dengan meremehkan persekolah­an dan sistem pembelajar­an.

Tulisan ini sebenarnya bertujuan mengajak untuk mensyukuri nikmat akal dan tidak menghukum diri sebagai ‘bodoh’ hanya kerana tidak mendapat gred yang baik di sekolah atau universiti.

Apapun gred yang diperoleh, kita mesti yakin akal yang diciptakan oleh Allah SWT untuk digilap potensinya setiap hari.

Peperiksaa­n di sekolah atau universiti bukanlah kayu ukur untuk menilai kebijaksan­aan seseorang tetapi ia ukuran kepada disiplin, sikap dan kemahuan untuk berjaya dalam hidup.

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 ?? Surah al-Tin, ayat 4 ?? BILL Gates
Surah al-Tin, ayat 4 BILL Gates
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia