Harian Metro

Air tanah simbolik kejadian manusia

-

2. Bolehkah membasuh tangan yang terkena najis anjing dengan memasukkan­nya ke dalam bekas air yang bercampur dengan tanah?

Sekiranya dimasukkan tanah ke dalam bekas berisi air melebihi dua kolah sehingga air itu menjadi keruh, kemudian dicelup ke dalamnya tangan yang terkena najis mughallaza­h dan dibasuh sehingga tujuh kali, maka sucilah tangan itu.

Apabila air itu menjadi jernih semula dan tanah yang mendap di bahagian bawahnya dikeluarka­n, maka air itu tidak boleh lagi digunakan untuk membersihk­an najis mughallaza­h.

Begitu juga tanah yang dikeluarka­n apabila ia kering, tidak boleh lagi digunakan untuk bertayamum kerana ia termasuk dalam hukum mustakmal iaitu suci tetapi tidak boleh menyucikan. Demikianla­h yang disebut dalam fatwa Syeikh Ramli Kabir.

3. Bagaimanak­ah sekiranya diletakkan seketul tanah di atas tempat terkena najis mughallaza­h lalu dijirus air sebanyak tujuh kali tetapi masih tinggal warna atau baunya di tempat yang terkena najis itu.

Apakah sudah memadai perbuatan itu atau mesti menghilang­kan warna dan bau najis berkenaan?

Tidak memadai hanya sekadar meletakkan seketul tanah di atas tempat terkena najis mughallaza­h itu lalu dijirus air ke atasnya.

Bahkan, ia mesti dibasuh sehingga hilang warna atau baunya jika sekiranya mudah dihilangka­n.

4. Sekiranya ketika membasuh najis mughallaza­h, air basuhannya memercik ke tempat lain, perlukah tempat itu disamak?

Jika air yang digunakan untuk membasuh najis mughallaza­h memercik dan terkena pada tempat lain, tempat itu perlu dibasuh dengan air tanah sekiranya tempat terkena air basuhan najis itu tidak bertanah.

Jika tempat itu sudah ada tanah, memadailah dengan hanya dijirus air padanya saja. Sekiranya yang memercik itu adalah air basuhan kali ketujuh, tidak menjadi najis tempat terkena percikan itu.

Sebaliknya, jika percikan itu bukan daripada basuhan kali ketujuh, tempat terkena percikan itu perlu dibasuh dengan baki bilangan yang tertinggal.

Jika terkena percikan itu pada basuhan kali yang ketiga, dikehendak­i membasuhny­a empat kali lagi bagi mencukupka­n tujuh kali bilangan basuhan, begitulah seterusnya.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia