Harian Metro

Hulur bantuan tanda prihatin

-

Melaka: Kerajaan Melaka menegaskan peruntukan RM10,000 untuk membaiki rumah dihuni 11 beranak di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, di sini, bukan satu pembaziran seperti didakwa netizen yang turut melabel mereka sebagai pemalas.

Menjelaska­n perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, bantuan segera dihulurkan buat keluarga terbabit sebagai tanda prihatin kerajaan Melaka dalam memastikan institusi kekeluarga­an di negeri ini sentiasa dalam keadaan utuh.

“Jadi jangan salah anggap kerajaan Melaka bazirkan wang untuk bantu orang malas, bantuan dihulurkan adalah demi memastikan masa depan anak ibu tunggal berkenaan yang masih kecil terbela.

“Mengenai sikap penghuni rumah itu, tak perlu diperbesar­kan, saya percaya mereka juga tidak mahu situasi seperti itu berlaku,” katanya selepas Majlis Penyerahan Kelulusan Bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Seri Bendahara, Ayer Keroh, di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Pengurus Besar Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri, Abd Razak Abu.

Sementara itu, Abd Razak berkata, kerja membaik pulih kediaman itu seperti mengecat, menggantik­an tingkap dan kemudahan lain di bahagian dapur serta tandas membabitka­n kos tinggi.

“Tapi apa yang lebih penting kita nak bantu anak-anak ibu tunggal itu. Dengan keadaan rumah tak terurus, nak cari baju sekolah pun tak jumpa, kita wajib bantu, tak boleh lepas tangan begitu saja.

“Keluarga terbabit akan terus dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dibantu Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan juga orang ramai demi memastikan perkara sama tidak berulang lagi,” katanya.

Abd Razak berkata, masyarakat tidak boleh terus menghukum atau mengecam keluarga terbabit, sebaliknya bersama-sama membantu mereka agar berubah.

“Kita faham mungkin ibu tunggal ini mengalami tekanan memandangk­an dia baru berpisah dengan suami dan perlu jaga anak termasuk bayi.

“Rumah itu juga agak padat kerana dihuni 11 orang. Berikutan itu, kami guna pendekatan kaunseling untuk bantu keluarga ini,” katanya.

 ??  ?? IDRIS
IDRIS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia