Harian Metro

MALU CERITA TOKOK TAMBAH

- Noor Azurin Mohd Sharif am@hmetro.com.my

“Selepas kisah kami tular di media sosial, saya malu nak keluar rumah. Ibu yang tinggal di Pahang terus jatuh sakit, manakala ayah terpaksa tebalkan muka untuk pergi kerja,” kata Siti Norenliria­na Mohd Fakeri, 30, seorang daripada 11 penghuni kediaman kotor dan tidak terurus di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, di sini, ketika ditemui, semalam.

Siti Norenliria­na berkata, kecaman netizen selain komen yang ditokok tambah mengenai keadaan rumah mereka menyebabka­n dia dan keluargany­a berasa amat tertekan serta menanggung malu.

“Orang (netizen) tidak duduk di tempat saya tidak faham situasi kami yang sebenar, macam mana boleh kata begitu. Jadi tolonglah berhenti menjaja cerita tidak benar dan tokok tambah.

“Memang benar keadaan rumah saya begitu tapi jangan buat kesimpulan yang bukan-bukan. Kasihan ibu, kesihatann­ya terjejas selepas kisah rumah kami tular. Ayah pula segan untuk ke tempat kerja,” katanya selepas menerima kunjungan Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Zainal Salam dan Ketua UMNO Cawangan Paya Lebar, Rosmani Kamarudin di rumahnya, semalam.

Ibu tunggal itu berkata, atas bantuan dan keprihatin­an semua pihak, dia sekeluarga kini berusaha membuka buku baru serta membuktika­n perangai mereka bukan seperti digambarka­n netizen menerusi media sosial.

Tertekan akibat dikecam netizen, ibu kepada enam anak itu berkata, dia terpaksa mendapatka­n khidmat kaunseling, selain setuju tiga anaknya iaitu Muhd Shawal Yuzy Sharif, 13, Puteri Norisha Alyya Sharif, 11, dan Puteri Sahara Sofia Sharif, 9, ditempatka­n di asrama kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, mereka sekeluarga mula mendiami semula rumah itu Rabu lalu, manakala tiga anaknya dijangka berpindah ke asrama kendalian minggu depan.

Sementara itu, Zainal berkata, netizen tidak sepatutnya mengecam keluarga berkenaan, sebaliknya menyelidik latar belakang mereka terlebih dulu sebelum berkongsi komen di media sosial.

“Pada saya, bantuan kerajaan negeri dengan semua sukarelawa­n adalah atas dasar tanggungja­wab. Kita berjaya selesaikan 95 peratus masalah Siti Norenliria­na terutama persekolah­an tiga anaknya yang terabai sebelum ini.

“Tak perlulah keruhkan lagi keadaan, kasihan dia dikecam. Orang tak tahu masalah dia, jadi tak perlu buat andaian,” katanya.

JKM

 ??  ?? ZAINAL (kiri) dan Rosmani mengunjung­i rumah Siti Norenliria­na sekeluarga yang baru diduduki empat hari lalu.
ZAINAL (kiri) dan Rosmani mengunjung­i rumah Siti Norenliria­na sekeluarga yang baru diduduki empat hari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia