Harian Metro

Presiden WARISAN diikat jamin RM100,000

-

Tuaran: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam, dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan dana RM1.5 bilion Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu dibebaskan pada prosiding di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus turut menetapkan ikat jamin RM100,000 dengan deposit RM80,000 oleh dua penjamin tempatan.

Sebelum ini, Mohd Shafie yang juga bekas Menteri KKLW ditahan reman lapan hari sejak 20 Oktober lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau ditahan ketika memberikan keterangan di pejabat SPRM Sabah di sini, pada 19 Oktober lalu.

Pada prosiding semalam, SPRM diwakili Pegawai Pendakwa, Mohd Faliq Basiruddin, manakala Mohd Shafie diwakili peguam Loretto Padua Jr, Martin Tommy dan Zakaria Ismail.

Setakat ini, SPRM sudah menahan reman 13 individu di Sabah dan Putrajaya bagi membantu siasatan.

Ia termasuk dua adik Mohd Shafie, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal dan ahli perniagaan, Hamid Apdal.

Individu lain, Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony, Ketua Wira parti itu, Datuk Mohd Azis Jamman, Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim.

Pembebasan Mohd Shafie kemudian disambut kira-kira 200 penyokong yang berhimpun di sekitar pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu, seawal jam 8 pagi.

Mohd Shafie kemudian dilaporkan pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan, di sini.

SPRM sebelum ini menyatakan siasatan kes penyelewen­gan sebuah kementeria­n persekutua­n di Sabah membabitka­n nilai RM1.5 bilion.

Ia berdasarka­n peruntukan RM7.5 bilion yang disalurkan bagi pelbagai projek pembanguna­n menerusi kementeria­n berkenaan antara 2010 hingga 2015.

 ??  ?? SHAFIE dibebaskan selepas direman lapan hari sejak 20 Oktober lalu.
SHAFIE dibebaskan selepas direman lapan hari sejak 20 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia