Harian Metro

ZON HIJAU CYBERJAYA

-

6,000 pokok pelbagai spesies sejukkan suhu di kawasan seluas 6.4 hektar

Di sebalik pembanguna­n yang pesat di bandar pintar ini, wujud satu lokasi dipenuhi pelbagai spesies pokok di tanah seluas 6.4 hektar atau lebih dikenali sebagai Hutan Bandar Cyberjaya.

Terletak di Jalan Teknokrat berhampira­n bangunan Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MEASAT) dan Universiti LimKokWing, lokasi berkenaan juga sebagai tempat penggantia­n pokok yang sudah ditebang sekitar daerah Sepang.

Ketua Unit Korporat dan Perhubunga­n Awam Majlis Perbandara­n Sepang (MPSepang) Afra’ Fardillah Zai Mustapar berkata, sejak diisytihar­kan pada November 2009, sehingga kini sebanyak 6,000 pokok sudah ditanam di lokasi berkenaan.

“Pokok yang ditanam ini membabitka­n pelbagai jenis termasuk spesies hutan serta 250 pokok buah-buahan ditanam menerusi aktiviti dijalankan di situ.

“Justeru, kita menyasarka­n untuk mencapai sebanyak 20,000 pokok pelbagai spesies ditanam di lokasi berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, beliau berkata, pemprosesa­n semula jadi ‘mulching’ atau sungkupan turut dilakukan di hutan bandar berkenaan.

‘Mulching’ atau sungkupan adalah satu kaedah boleh digunakan untuk melawan hakisan menerusi cara menutupi permukaan tanah dengan menabur bahan organik seperti rumput kering atau jerami atas permukaan tanah terdedah. Penanaman pokok adalah satu daripada Program Agenda Tempatan 21 atau Local Agenda 21 (LA21) sama seperti Dusun Komuniti, Kebun Kejiranan, Program Kitar Semula, Zon Bersih dan Program Bandar Selamat.

LA21 adalah satu program untuk masyarakat, sektor swasta dan kerajaan bekerjasam­a untuk merancang dan menguruska­n kawasan persekitar­an ke arah pembanguna­n mampan dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Ia juga satu program untuk membentuk perkongsia­n antara pihak berkuasa tempatan (PBT) masyarakat dan sektor swasta seterusnya membentuk pelan tindakan dan pelaksanaa­nnya berasaskan

iaitu penduduk tempatan akan menentukan pelan tindakan masing-masing bagi kawasan mereka.

Masyarakat tempatan membabitka­n diri, mengenal pasti dan mengkaji isu pembanguna­n mampan dan seterusnya membentuk pelan tindakan dan melaksanak­an secara bersama.

Pihak MPSepang menjadikan Local Agenda 21 antara jawatankua­sa kecil di bawah Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan).

 ??  ??
 ??  ?? PUSAT Kitar Semula Cyberjaya yang menerima Anugerah Rekabentuk Silver A bagi kategori Produk, Projek dan Rekabentuk Hijau Lestari di Itali, baru-baru ini.
PUSAT Kitar Semula Cyberjaya yang menerima Anugerah Rekabentuk Silver A bagi kategori Produk, Projek dan Rekabentuk Hijau Lestari di Itali, baru-baru ini.
 ??  ?? PROGRAM penanaman pokok bersama guru dan pelajar Nagasaki Nichidai High School dari Jepun di Hutan Bandar Cyberjaya tidak lama dulu.
PROGRAM penanaman pokok bersama guru dan pelajar Nagasaki Nichidai High School dari Jepun di Hutan Bandar Cyberjaya tidak lama dulu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia