Harian Metro

LALOK BERSAMA KELUARGA KEKASIH

- Nurul Hidayah Bahaudin nurulhiday­ah@hmetro.com.my

Kehilangan seorang remaja perempuan yang melarikan diri dari rumah sejak dua bulan lalu terjawab apabila ditemui ‘bersembuny­i’ di rumah keluarga teman lelakinya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Tun Razak, kelmarin.

Lebih mengejutka­n apabila gadis berusia 15 tahun itu didapati turut positif dadah jenis syabu berdasarka­n ujian saringan air kencing yang dilakukan anggota penguat kuasa Agensi Antidaadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi bersepadu bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) jam 10 pagi.

Dalam operasi sama, teman lelaki gadis terbabit berusia 17 tahun bersama ibunya berusia 41 tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun yang juga jurujual turut ditahan kerana turut positif dadah jenis syabu.

Ketua Pegawai AADK Cawangan Cheras Mohd Azlan Ahmad berkata, ketika serbuan dijalankan, terdapat empat penghuni termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun di dalam rumah berkenaan.

“Keadaan dua remaja dan wanita berkenaan yang juga pengasuh bayi itu berada dalam keadaan mencurigak­an lalu mendorong kami menjalanka­n ujian saringan air kencing sebelum ketiga-tiganya didapati positif dadah jenis syabu.

“Kami kemudian memanggil ibu kepada bayi lelaki berkenaan sebelum mendapati dia juga postitif dadah jenis syabu lalu ditahan untuk siasatan,” katanya.

Katanya, hasil soal siasat awal mendapati gadis berkenaan yang berasal dari

Remaja perempuan hilang sejak 2 bulan lalu bergeluman­g dadah di rumah teman lelaki

Cheras, di sini, menetap di rumah itu selepas dipercayai melarikan diri dari rumah kerana ibu bapanya menghalang percintaan­nya dengan remaja lelaki terbabit.

“Mereka mengaku mengambil syabu bersama-sama termasuk ibu kepada bayi berkenaan sebelum ini. Malah, mereka turut mengaku pernah mengambil dadah di hadapan bayi lelaki terbabit,” katanya.

Katanya, peralatan menghisap syabu yang ditemui dirampas dan semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat AADK Cawangan Cheras untuk siasatan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

 ??  ?? INDIVIDU yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan ke atas sebuah rumah PPR di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, kelmarin.
INDIVIDU yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam serbuan ke atas sebuah rumah PPR di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, kelmarin.
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa AADK memeriksa rumah terbabit.
ANGGOTA penguat kuasa AADK memeriksa rumah terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia