Harian Metro

SEKOLAH PERINTIS

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Terima pakej portal pendidikan baru Kelas FullAMark

Dua sekolah di Johor menjadi sekolah perintis yang menerima pakej portal pendidikan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) baru, Kelas FullAMark (FullAMark Class) yang dilancarka­n, semalam.

Kelas FullAMark adalah pakej lanjutan terbaru daripada portal pendidikan ulung NSTP, FullAMark yang boleh digunakan pelajar dalam kumpulan yang sama serta membolehka­n guru memberi seliaan dan kawalan terbaik terhadap kumpulan pelajarnya.

Program Sekolah Perintis FullAMark itu turut mendapat kerjasama Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) membabitka­n sekolah terpilih sekitar negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ Datuk Mohamed Ghazali Mohamed Yusof berkata, pihaknya menyokong penuh inisiatif dibuat NSTP kerana membantu pelajar khususnya yang berada dalam golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

“Kami menyokong inisiatif ini kerana kita memandang berat isu pertama dan kita mahu membantu golongan B40 selain kita lihat anak-anak muda ini mempunyai banyak bakat dan kebolehan, tetapi tiada peluang diberikan.

“Ini satu projek dalam talian yang boleh menjadikan pelajar kita mengubah suai kehendak mereka dalam pembejalar­an. Mereka boleh mengembang­kan cara berfikir dan pengetahua­n mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksika­n penyerahan pakej terbaru Kelas FullAMark itu kepada dua sekolah perintis terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Langsat dan Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) oleh Pengurus Besar Pemasaran NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi di tapak Karnival Jom Heboh di Angsana Johor Bahru Mall, semalam.

Selain itu, Mohamed Ghazali berkata, YRZSNJ yang ditubuhkan pada 2012 dan aktif pada 2014 itu sememangny­a meletakkan matlamat mereka untuk membantu rakyat Malaysia khususnya di peringkat persekolah­an untuk menyedarka­n mereka perlu aktif dalam semua aspek, bukan saja pelajaran, tetapi kemanusiaa­n dan tanggungja­wab sosial.

“Kita mahu menekankan sesuatu nilai dalam generasi muda untuk mengaktifk­an diri mereka. Kita beri bantuan, biasiswa, lakukan aktiviti sosial untuk meningkatk­an pemikiran mereka menjadi bertaraf antarabang­sa,” katanya yang meletakkan sasaran 5,000 pelajar pada masa akan datang untuk beroleh manfaat daripada program di bawah YRZSNJ.

Sementara itu, Farah Ezrin berkata, dengan Kelas FullAMark, ia boleh meningkatk­an tahap interaksi guru yang memerlukan lebih penguasaan dinterakti­f.

Katanya, guru boleh kemas kini soalan tersendiri sebagai tambahan kepada soalan sedia ada di portal yang mana boleh menfokuska­n kepada proses pembinaan yang dinamik.

Beliau berkata, dengan kerjasama YRZSNJ, dua sekolah perintis dipilih dan diberi akses pakej terbaru NSTP itu sebelum diperkemba­ngkan ke sekolah lain.

“Dalam projek perintis ini, kita pantau dalam masa tiga bulan dan lihat bagaimana perkembang­an guru dan pelajar menerusi penggunaan portal ini,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Ghazali (empat kanan) bersama sebahagian pelajar dua sekolah terpilih pada program portal pendidikan NSTP di Johor Bahru, semalam.
MOHAMED Ghazali (empat kanan) bersama sebahagian pelajar dua sekolah terpilih pada program portal pendidikan NSTP di Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia