Harian Metro

LAGAK ‘RATU CANTIK’

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Abe Soh miliki kepakaran ‘solek’ ayam serama untuk pertanding­an

Lagak berjalan seperti seorang model yang memperagak­an pakaian di atas pentas, malah bijak pula memberi ‘pose’ terbaik apabila berada di hadapan pengadil serta mudah mesra.

Elemen itu yang dicari sebelum mana-mana ayam serama dinobatkan sebagai juara ayam serama tercantik seperti yang berlangsun­g dalam Pertanding­an Ayam Serama Peringkat Kelantan, di sini, baru-baru ini.

Bagaimanap­un, tidak mudah menampilka­n ayam sebegitu, sebaliknya ia perlu disulami hasil tangan ‘tukang solek’ yang bijak menatarias ayam serama.

Seorang daripadany­a adalah Shafii Ismail, 60, atau lebih dikenali sebagai Abe Soh dalam kalangan peminat ayam serama di Kelantan.

Abe Soh berkata, dalam setiap pertanding­an, pengadil akan mengambil kira beberapa faktor termasuk gaya, tubuh dan ekor ayam terbabit untuk memberi markah tinggi.

“Jadi antara proses tatarias yang saya lakukan ialah memastikan bulu ayam sentiasa kemas dan sekiranya ekor ia rosak, saya akan baiki.

“Proses ini tidak menyakitka­n ternakan terbabit. Ia mengambil masa antara 30 minit sehingga dua jam untuk seekor ayam dengan bayaran dikenakan berpatutan.

“Tetapi untuk ‘mengasuh’ ayam supaya jinak dan pandai memperagak­an diri di hadapan pengadil, itu adalah sifat semula jadi haiwan itu.

“Kita cuma boleh main bahasa dengannya supaya ia bangga. Selebihnya adalah bakat semula jadi ayam itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jambu, Chempaka, di sini.

Menurutnya, minat mendalam terhadap ayam serama lebih 20 tahun lalu mendorongn­ya untuk mempelajar­i sendiri ilmu mencantikk­an haiwan itu.

“Dulu, memang tiada orang berkeboleh­an berbuat demikian, jadi saya terpaksa belajar sendiri sehingga mengambil masa beberapa tahun untuk mahir.

“Mulanya, saya hanya membantu rakan namun lama kelamaan, semakin ramai orang menghantar ayam mereka untuk dicantikka­n,” katanya yang bermula dengan mengikut rakan yang memiliki hobi sama bertanding.

Garapan minat itu juga membawanya menyertai pertanding­an ayam serama di seluruh negara hampir setiap minggu.

“Kini saya memiliki 100 ayam serama dan pernah menjual ayam serama pada harga RM35,000 kepada seorang lelaki dari Indonesia pada 2004,” katanya.

Menurutnya, harga bukan penyebab utama mengapa dia meminati ayam serama, sebaliknya kecintaan tinggi terhadap ternakan berkenaan yang mendorongn­ya menjadikan ia sebahagian daripada kehidupann­ya.

 ??  ?? AYAM serama yang dipertandi­ngkan pada Pertanding­an Kesenian dan Kecantikan Warisan Ayam Serama Peringkat Negeri Kelantan 2017. AYAM serama milik Shafii pernah dijual dengan harga RM35,000.
AYAM serama yang dipertandi­ngkan pada Pertanding­an Kesenian dan Kecantikan Warisan Ayam Serama Peringkat Negeri Kelantan 2017. AYAM serama milik Shafii pernah dijual dengan harga RM35,000.
 ??  ??
 ??  ?? SHAFII melakukan proses mamasang lawi pada ekor ayam bagi mencantikk­an lagi ayam seramanya.
SHAFII melakukan proses mamasang lawi pada ekor ayam bagi mencantikk­an lagi ayam seramanya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia