Harian Metro

KAFE SANTAI ULAT BUKU

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Hedwig Books and Cafe saji 1,000 buku pelbagai genre dan topik kepada pelanggan

Kota Bharu

Yakin suasana santai mampu menggalakk­an minat membaca dalam kalangan masyarakat, wanita ini tampil berani membuka kafe yang berkonsepk­an perpustaka­an di negeri ini.

Malah, dia menggumpul modal dan idea untuk merealisas­ikan impian membuka premis begitu selama 24 tahun.

Kini, kafe dua tingkat itu yang menghidang­kan minuman dan makanan kegemaran tempatan turut disertakan lebih 1,000 buku pelbagai genre di tingkat atas premis.

Nur Raiha Hanafi, 47, berkata, idea untuk membuka kafe perpustaka­an sedemikian di Kelantan timbul ketika dia menuntut di San Diego State University, California pada 1990.

“Selepas pulang ke Malaysia sebaik tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1993, saya mula membuat perancanga­n untuk merealisas­ikan impian itu.

“Setiap kali ada promosi jualan buku atau mana-mana kedai buku yang menjual buku terpakai, saya membelinya untuk diletakkan di perpustaka­an ini.

“Sehinggala­h saya membuka kafe perpustaka­an dengan nama Hedwig Books and Cafe di Kubang Kerian, dua minggu lalu dan mempunyai 1,000 buku pelbagai genre dan topik,” katanya ketika ditemui di kafenya.

Nur Raiha berkata, dia mengeluark­an belanja hampir RM200,000 untuk mengubah suai tingkat atas premis supaya menyerupai perpustaka­an mini yang bertemakan filem popular, Harry Potter.

Menurutnya, pembukaan kafe itu secara tidak langsung menarik perhatian ibu bapa untuk menggalakk­an anak mereka membaca dan menjadi tempat lepak pelbagai golongan pencinta buku. Katanya, suaminya Mohd Hafis Che Kamarudin, 28, turut membantu

menguruska­n kafe berkenaan yang diharap dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

“Sambil membaca, pengunjung boleh menjamu selera dengan memesan pelbagai juadah yang disediakan seperti spageti, kek dan minuman panas atau sejuk.

“Pada masa sama, kafe kami turut menyediaka­n pinjaman buku kepada pelanggan dan kadar bayaran dikenakan mengikut jenis buku yang dipinjam,” katanya.

Beliau berharap, dengan adanya perpustaka­an mini ini, orang ramai akan mengambil peluang untuk mengisi masa mereka secara berfaedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia