Harian Metro

3 sahabat culik kontraktor dijel seumur hidup, 10 sebatan

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Melaka: Tiga sahabat masing-masing dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Melaka, semalam, selepas didapati bersalah menculik seorang kontraktor, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Zulkifli Bakar menjatuhka­n hukuman itu terhadap Kamaruzama­n Mohamed Shah, 40, Sulaiman Abdul Kadir, 37, dan Farezzuwan Mohd, 29, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie keatas mereka.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiganya bersama dua lagi didakwa bersama-sama dengan niat hendak menuntut tebusan dengan menculik Tan Tiang See, 39, serta mengurung lelaki berkenaan secara salah di sebuah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam supaya wang RM500,000 dibayar abang mangsa.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh di depan sebuah gudang di Cheng pada jam 6 petang 14 Februari 2011.

Justeru mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 (Akta 365) yang memperuntu­kkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pada 23 Disember 2015, ketiga-tiga tertuduh bersama dua lagi rakan yang juga anggota tentera dibebaskan mahkamah sama selepas hakim mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah selain pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

Bagaimanap­un, rayuan dikemukaka­n pihak pendakwaan pada Januari 2016 ke Mahkamah Rayuan berjaya mengetepik­an pembebasan tertuduh dan mahkamah kemudian mengarahka­n mereka membela diri.

Pada akhir pembelaan, tertuduh diwakili peguam masing-masing iaitu Chong Joo Tian, K A Ramu dan Mak Kah Keong merayu kepada mahkamah agar hanya hukuman penjara seumur hidup dikenakan kerana mangsa tidak diperlakuk­an dengan zalim.

Prosiding pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syaiful Akmal Mohd Razi memohon hukuman mati dikenakan selepas mengambil kira perbuatan tertuduh terhadap mangsa iaitu melakukan kekerasan selain meninggalk­an trauma ke atas lelaki terbabit.

Muhammad Syaiful Akmal berkata, ketika kejadian mangsa bukan saja ditumbuk malah dikurung di dalam tandas selain tertuduh juga menyamar sebagai tukang sapu sebelum menculik Tan yang ketika itu baru keluar dari kilang tempatnya bekerja.

 ??  ?? FAREZZUWAN (dua dari kiri), Sulaiman dan Kamaruzama­n (gambar kecil) diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan.
FAREZZUWAN (dua dari kiri), Sulaiman dan Kamaruzama­n (gambar kecil) diiringi anggota polis selepas dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia