Harian Metro

2 penuntut terlepas tali gantung

-

Dua lelaki warga asing yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) swasta terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi Melaka, semalam, melepas dan membebaska­n mereka daripada pertuduhan mengedar dadah, tahun lalu.

Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap Mohamed Assem Mohamed Ahmed, 21, dan Alaaedin Ahmed Abdel Wahab Ibrahim, 25, pada akhir pendakwaan.

Dalam penghakima­nnya Vazeer berkata, pihak pendakwaan gagal membuktika­n tertuduh memiliki secara eksklusif dadah berkenaan serta tidak dapat membuktika­n mereka mempunyai pengetahua­n mengenai pemilikan semua dadah itu.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Assem dan Alaaedin Ahmed didakwa bagi mencapai niat bersama mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat 386.7 gram di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang Permai jam 10.40 malam pada 15 Jun 2016.

Justeru, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati mandatori.

Prosiding pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Effizah Ernie Idris manakala tertuduh diwakili peguam Amirul Ridzuan Hanif.

Penarik kereta, Koong Swee Kwan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, semalam, selepas didapati bersalah membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, empat tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman juga menjatuhka­n hukuman penjara 18 tahun terhadap Koong, 48, kerana didapati bersalah cuba membunuh isteri pengasas Ambank itu, Cheong Mei Kuen, 53.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 September 2013.

Ab Karim dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Mahkamah juga mendapati keterangan tertuduh tidak logik dan difikirkan semula semata-mata,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Assem (dua dari kiri) dan Alaaeldin dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh atas pertuduhan mengedar dadah.
MOHAMED Assem (dua dari kiri) dan Alaaeldin dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh atas pertuduhan mengedar dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia