Harian Metro

Pendakwa mohon untuk bicara bersama

-

Pendakwaan memohon kes 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa sengaja mencederak­an Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu untuk dibicaraka­n bersama dengan kes bunuh mangsa yang membabitka­n enam penuntut sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Akmal Norfarhan Aziz mengemukak­an permohonan bicara bersama dalam prosiding sebutan semula kes itu di hadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Oktober ini untuk pengurusan kes di Mahkamah Tinggi.

Tertuduh terbabit ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan

Musa.

Turut dituduh adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Semua tertuduh berusia 21 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, universiti itu antara jam 2.30 pagi dan jam 5.30 pagi, 21 Mei lalu dan di bilik 04-10, antara jam 1.30 pagi dan jam 4.30 pagi, 22 Mei lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia