Harian Metro

6,764 KECEWA

-

Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menolak permohonan 6,764 pelabur menuntut kembali wang pelaburan mereka berjumlah RM411 juta serta dividen dalam syarikat pelaburan emas, Bestino Golden House Sdn Bhd (BESTINO).

Semua pelabur berkenaan sebelum ini memfailkan permohonan itu pada tahun 2014 menggunaka­n nama Bestino Group Berhad sebagai plaintif dan menamakan dua ahli lembaga pengarah serta dua pemegang saham majoriti syarikat itu sebagai defendan.

Defendan dalam kes itu ialah dua ahli lembaga pengarah iaitu Chong Yuk Ming, 55, dan Chang Kuei Geh, 63, serta dua pemegang saham majoriti, Goon Koon Lee, 54, dan Ho Chee Cheong, 47.

Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah menolak permohonan itu kerana pelabur sepatutnya mengambil tindakan terhadap syarikat BESTINO dan bukannya terhadap ahli lembaga pengarah dan pemegang saham.

Beliau berkata, jika ahli lembaga pengarah dan pemegang saham disyaki ada melakukan sebarang penyelewen­gan, plaintif tidak boleh menggunaka­n Seksyen 181(a), Akta Syarikat 1965 untuk menyaman mereka.

Sebaliknya, kata Che Mohd Ruzima, plaintif seharusnya menyaman semua defendan melalui syarikat yang diwakili mereka.

Katanya, berdasarka­n hujahan plaintif, pelabur sebelum ini dijanjikan dividen 36 peratus apabila melabur dalam pelaburan emas diuruskan BESTINO, tetapi mereka tidak pernah menerima dividen itu serta tidak boleh menebus kembali wang pelaburan.

Tambahnya, ia semakin bermasalah apabila ada penguatkua­saan daripada Bank Negara Malaysia terhadap skim pelaburan berkenaan.

Plaintif diwakili oleh Effa Ruzanna Anuar dan Yudistra Darma Dorai, manakala defendan diwakili oleh R Raj Shankar dan K Kumaran.

Sementara itu, jurucakap pelabur berkenaan, V Vijay, berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan itu dan akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.

Katanya, mereka menunggu hampir tujuh tahun untuk mendapatka­n kembali wang pelaburan serta dividen yang dijanjikan sehingga ada dalam kalangan mereka yang sudah meninggal dunia dalam keadaan menghadapi masalah kewangan.

 Mahkamah Tinggi tolak permohonan peserta tuntut wang pelaburan BESTINO

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta pelabur skim BESTINO berkumpul di pekarangan Mahkamah Tinggi Ipoh,
semalam.
SEBAHAGIAN peserta pelabur skim BESTINO berkumpul di pekarangan Mahkamah Tinggi Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia