Harian Metro

MEMANG BANGSAT!

- Am@hmetro.com.my

Seorang wanita terkejut dan menggigil selepas terlihat seorang lelaki melakukan onani di belakang rumahnya di Taman Utama, di sini, ketika mahu membasuh pinggan di dapur, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.20 petang, tingkap di dapur rumah didiami perancang perkahwina­n, Aziyana Sudin, 32, memang sengaja dibiarkan terbuka untuk mengeluark­an bau masakan.

Aziyana berkata, dia hendak membasuh pinggan tetapi terkejut apabila melihat kelibat seorang lelaki lalu di belakang rumah sambil menutup zip seluar yang disangka mungkin membuang air kecil.

“Tidak lama kemudian lelaki terbabit sekali lagi lalu di belakang rumah menyebabka­n saya mulai rasa tidak sedap hati lalu membuka pintu, namun terkejut selepas melihat dia melakukan perkara tidak senonoh.

“Saya terus memarahiny­a, namun dia buat tak tahu. Selepas saya berkata mahu menghubung­i polis, baru dia beredar,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam.

Katanya, dia baru berpindah ke taman perumahan terbabit sejak tiga minggu lalu dan pernah melihat lelaki

 Wanita menggigil lihat lelaki buka zip seluar buat tak senonoh belakang rumah

itu di belakang rumahnya, namun tiada apa yang berlaku.

Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas Aziyana memuat naik status, gambar dan video mengenai perlakuan lelaki berkenaan. Menurutnya, dia turut dikecam netizen kerana memuat naik gambar kejadian itu, namun ia sekadar mahu mengingatk­an suri rumah lain serta anak-anak supaya sentiasa berhati-hati.

“Saya minta kejadian seperti ini dijadikan iktibar untuk wanita di luar sana. Kunci pintu belakang rumah dan jangan biarkan anak-anak bermain sendirian di luar rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kejadian.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia