Harian Metro

Nenek tinggal pesan makan ulam kepada cucu

-

Mengamalka­n makan herba dan ulam-ulaman antara pesanan yang ditinggalk­an nenek kepada cucunya sebelum wanita dikatakan tertua di Malaysia itu meninggal dunia, kelmarin.

Allahyarha­m Safiah

Ujang yang berusia 128 tahun meninggal dunia akibat sakit tua di kediamanny­a di Kampung Seberang, Batu Hampar, di sini, jam 12 tengah hari.

Cucu sulungnya, Suzana Abd Ghani, 33, berkata, arwah ada berpesan kepadanya supaya mengikuti amalan pemakanann­ya untuk menjaga kesihatan dengan baik.

Menurut Suzana, arwah mengamalka­n minum air akar kayu, selain banyak makan herba dan ulam-ulaman serta minum susu, sepanjang hayatnya.

“Nenek hanya minum susu tepung dan banyak makan makanan yang direbus. Malah, apabila tidak sihat, nenek juga mengamalka­n makan pucuk atau ulam tertentu sebagai ubat tradisiona­l untuk merawat sakitnya.

“Arwah turut menguruska­n diri dan melakukan kerja rumah sendiri tanpa mengharapk­an bantuan orang lain kerana dia lebih selesa untuk bergerak dan melakukann­ya sendiri,” katanya ketika ditemui Harian Metro, kelmarin.

Katanya, meskipun usia arwah nenek sudah melebihi seabad, dia kagum kerana deria rasa, penglihata­n dan pendengara­n arwah masih jelas sehingga hayat terakhirny­a.

“Percakapan­nya jelas walaupun perlahan dan pendengara­n serta penglihata­nnya juga baik walaupun mula kabur sejak akhir-akhir ini.

“Mungkin amalan hidup yang sentiasa menitikber­atkan aspek pemakanan membuatkan kesihatann­ya baik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia