Harian Metro

JKM ringan beban keluarga daif

-

Seremban: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mempertimb­angkan bantuan bulanan bagi meringanka­n beban bapa tunggal yang tinggal bersama lima anaknya di sebuah rumah usang di Kampung Bukit Temiang, di sini.

Abu Salleh, 61, dan lima anak berusia 14 hingga 26 tahun terpaksa berteduh di rumah usang beratapkan langit kerana dihimpit kesusahan hidup sehingga tidak mampu menggantik­an bumbung rumah yang bocor.

Pengarah JKM negeri Mohamad Hapil berkata, pihaknya sudah melawat keluarga terbabit dan menghulurk­an bantuan segera berbentuk wang tunai RM300, pada Rabu lalu.

Katanya, JKM sedang menjalanka­n siasatan lanjut dan mengambil butiran keluarga itu untuk melihat jenis bantuan bulanan yang boleh diberikan.

“Bapa tunggal itu tidak pernah mengemukak­an permohonan dengan pihak JKM, dan berkemungk­inan mereka layak untuk mendapatka­n bantuan sewajarnya.

“Kami amat mengharapk­an Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) membantu dengan memaklumka­n kepada JKM jika ada penduduk yang daif,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Norazam Khamis berkata, pihaknya bersedia untuk menyenarai­kan rumah itu untuk dibaik pulih di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sekiranya layak, tahun depan.

Namun, katanya, jika ada pihak yang sudi menyalurka­n bantuan seperti barangan dan peralatan membaiki rumah berkenaan, JBPM bersedia menghantar anggota bagi melakukan kerja baik pulih itu.

Harian Metro semalam melaporkan, bumbung beratapkan langit dan kadangkala bermalam dalam kereta ketika hujan antara kehidupan dilalui bapa tunggal bersama lima anak yang terpaksa berteduh di sebuah rumah usang, sejak empat tahun lalu.

Keadaan rumah papan itu juga kelihatan semakin reput dan setiap ruang di dalam rumah hanya dipisahkan menerusi papan lapis selain beberapa kepingan atap sudah tiada.

 ??  ?? NORAZAM (kiri) melihat keadaan rumah Abu Salleh (tengah) yang serba daif.
NORAZAM (kiri) melihat keadaan rumah Abu Salleh (tengah) yang serba daif.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia