Harian Metro

Jalin kerjasama tingkat ABMS

-

Putrajaya: Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia) bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarka­n piawaian Malaysia dikenali Malaysian Standard MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) bagi memberi panduan dan membantu sesebuah organisasi melaksana serta menambahba­ik sistem pengurusan antirasuah dalam organisasi berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata, sistem ini akan menjadi panduan pencegahan rasuah kepada semua pihak sejajar cadangan pindaan rang undang-undang berkaitan peruntukan korporat liabiliti dalam Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) yang akan dibentang di Parlimen tidak lama lagi.

Katanya, korporat liabiliti adalah satu peruntukan kesalahan bagi memastikan amalan akauntabil­iti atau kebertangg­ungjawaban syarikat serta organisasi dalam usaha yang secara tidak langsung memberi kesan positif kepada keberkesan­an penguatkua­saan Akta SPRM 2009 dan program pencegahan rasuah yang dilaksanak­an. “Menerusi pelaksanaa­n peruntukan korporat liabiliti kelak, tindakan juga boleh diambil terhadap syarikat jika pekerja atau pegawai menerima rasuah bagi pihak syarikat seperti meluluskan sesuatu tender.

“Denda yang amat tinggi akan dikenakan terhadap syarikat yang didapati menerima rasuah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran dan Seminar MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS)- Keperluan Dengan Panduan Untuk Digunakan di Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurna­kan Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia) Datuk Fadilah Baharin.

Turut hadir ialah Pengarah Kanan Standardis­asi Jabatan Standard Malaysia Ridzwan Kasim.

Shamshun berkata, MS ISO 37001:2016 menggarisk­an pelbagai polisi dan prosedur yang boleh dipatuhi dan digunakan oleh organisasi sebagai ukuran kawalan sistem pencegahan rasuah.

Katanya, ia bagi membantu syarikat atau organisasi melaksanak­an sistem pengurusan yang efektif dalam mencegah, mengesan dan menangani rasuah yang boleh berlaku dalam sesebuah organisasi.

 ??  ?? FADILAH (kanan) bersama Shamsun ketika pelancaran seminar MS ISO 37001:2016 di Putrajaya.
FADILAH (kanan) bersama Shamsun ketika pelancaran seminar MS ISO 37001:2016 di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia