Harian Metro

SELARI KEHENDAK ZAMAN

-

Pengumuman wajibkan 30% wanita dalam keahlian

lembaga pengarah seimbang organisasi

Sasaran kerajaan untuk terus memperkasa golongan wanita menerusi empat pelaksanaa­n khusus dalam Bajet 2018 dianggap keputusan tepat seiring kehendak dunia kompleks hari ini.

Presiden Annems Leadership Solution Sdn Bhd, Datuk Faridah Hanim Haron berkata, dunia kompleks hari ini disebut sebagai dunia norma baru serba mencabar, sentiasa ada turun dan naik, berdepan ketidakpas­tian, rumit dan kabur.

“Kita boleh jangkakan sesuatu yang lebih positif apabila kerajaan mengumumka­n untuk mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC, GLIC dan badan berkanun sebelum penghujung tahun depan.

“Satu organisasi yang kukuh mencontohi sebuah keluarga lengkap yang mempunyai peranan ibu dan bapa. Jika sebelum ini ahli lembaga pengarah dimonopoli lelaki, dalam dunia kompleks kini kita tidak boleh mengetepik­an hakikat perlunya peranan wanita dalam mengimbang­kan sesebuah organisasi.

“Wanita mempunyai corak kepemimpin­an yang lebih feminin, kebijaksan­aan dalam corak pemikiran berbeza dengan lelaki serta cekap dalam hal pengurusan mengikut kaca mata mereka. Semua ciri ini sepatutnya diadun bersama untuk membentuk kepemimpin­an yang seimbang, harmoni dan mampan,” katanya.

Menyentuh cadangan menaikkan tempoh cuti bersalin mandatori sektor swasta daripada 60 hari ke 90 hari, Faridah berkata, beliau melihat keputusan kerajaan itu lebih menjurus ke arah kepentinga­n pembanguna­n bayi berbanding cuti rehat untuk kaum ibu.

“Daripada luarannya, saya yakin sudah pasti cadangan sebegini akan lebih memotivasi­kan kaum ibu untuk meletakkan komitmen tinggi pada kerjaya dan keluarga pada masa akan datang,” katanya.

 ?? Latifah Rafii, 46, Pengurus penilai ?? Dari segi kelayakan tidak perlu dipertikai­kan kerana begitu ramai wanita dalam sektor korporat dan perniagaan yang terlatih untuk ditempatka­n di peringkat pembuat keputusan, jadi, tidak mustahil sasaran 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan...
Latifah Rafii, 46, Pengurus penilai Dari segi kelayakan tidak perlu dipertikai­kan kerana begitu ramai wanita dalam sektor korporat dan perniagaan yang terlatih untuk ditempatka­n di peringkat pembuat keputusan, jadi, tidak mustahil sasaran 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan...
 ?? Alina Norhaida, 36, Usahawan ?? Penambahan peruntukan untuk perusahaan kecil dan sederhana seharusnya dapat memberi peluang lebih ramai wanita menjana pendapatan, namun dari segi pengagihan, harus dipastikan ia dapat dilaksanak­an secara telus dan adil”
Alina Norhaida, 36, Usahawan Penambahan peruntukan untuk perusahaan kecil dan sederhana seharusnya dapat memberi peluang lebih ramai wanita menjana pendapatan, namun dari segi pengagihan, harus dipastikan ia dapat dilaksanak­an secara telus dan adil”
 ??  ?? FARIDAH
FARIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia