Harian Metro

NCIA puji kerajaan utama rakyat

-

Kuala Lumpur: Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) yakin Bajet 2018 mampu menyediaka­n asas ekonomi yang kukuh dalam usaha membantu Malaysia muncul negara berpendapa­tan tinggi pada 2020 dengan mengambil kira senario semasa ekonomi global.

Dalam satu kenyataan semalam, NCIA turut memuji usaha kerajaan yang membentang­kan bajet inklusif dengan mengutamak­an kepentinga­n rakyat.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu menekankan keperluan asas rakyat apabila mengatakan kerajaan akan terus memberi perhatian untuk menyelesai­kan isu yang dihadapi rakyat,” kata kenyataan itu.

NCIA berkata, satu daripada agenda utama kerajaan untuk terus membantu rakyat dan pada masa sama akan memastikan kesinambun­gan pertumbuha­n ekonomi negara.

“Keusahawan­an akan diberikan penekanan dengan kerajaan akan terus membantu syarikat pemula serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Langkah ini mampu membantu menangani peningkata­n kos sara hidup selain membantu menyediaka­n lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menceburi bidang keusahawan­an,” katanya.

Menurutnya, NCIA akan terus memacu pertumbuha­n sosioekono­mi di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) melalui pelbagai projek pertumbuha­n baru seperti dan Taman Sains dan Teknologi Kedah di Kedah, Kawasan Industri Lembah Chuping dan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di Perlis,

dan

di Perak dan pembanguna­n Batu Kawan di Pulau Pinang.

NCIA berkata, pertumbuha­n baru itu yang dilaksanak­an melalui kerjasama antara kerajaan, sektor swasta serta masyarakat akan terus menjadi tulang belakang pembanguna­n ekonomi di wilayah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia