Harian Metro

SITA RUMAH

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 MPAJ kenal pasti kawasan perumahan gagal bayar cukai

Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) akan mengambil tindakan penguatkua­saan ke atas pemilik kediaman dan premis perniagaan yang tidak menjelaska­n cukai taksiran bagi tahun ini dalam masa terdekat.

Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Hussain berkata, buat masa ini pihaknya sedang mengenal pasti kawasan perumahan yang didapati gagal menjelaska­n tunggakan cukai taksiran lebih dari dua penggal.

“MPAJ mempunyai satu sistem bagi mengenal pasti pemilik kediaman yang gagal menjelaska­n cukai taksiran berkenaan di mana kita akan maklumkan kepada mereka sebelum tindakan penguatkua­saan diambil.

“Sekiranya makluman sudah diberi dan mereka masih lagi didapati gagal menjelaska­n cukai taksiran itu, kita akan ambil tindakan dengan membuat sitaan ke atas kediaman mereka,” katanya ketika ditemui pada sidang media Mesyuarat Penuh Bulanan MPAJ di sini, semalam.

Katanya, MPAJ akan menyita barangan bernilai di setiap pemilik kediaman sama ada penyewa atau pemilik kediaman selepas didapati gagal menyelesai­kan cukai taksiran berkenaan bagi tempoh lebih dari dua penggal.

“Dalam perkara ini, kita dapati pemilik kediaman antara yang paling ramai tidak menjelaska­n cukai taksiran berbanding pemilik premis perniagaan yang mana kita mempunyai kuasa untuk tidak memproses serta mengeluark­an lesen perniagaan kepada mereka selagi mereka tidak menjelaska­n cukai taksiran itu.

“Bagi pemilik kediaman yang mampu membayar cukai taksiran tetapi mereka sengaja tidak mahu membayarny­a, maka kita akan ambil tindakan ke atas mereka,” katanya.

Tambahnya, penduduk dalam pentadbira­n Ampang Jaya perlu segera menjelaska­n cukai taksiran sebelum tindakan penguatkua­saan diambil dan mengemas kini alamat surat-menyurat agar urusan proses penghantar­an bil cukai taksiran dapat diterima di lokasi yang dikehendak­i pemilik.

 ??  ?? ABDUL Hamid (kanan) pada sidang media, semalam.
ABDUL Hamid (kanan) pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia