Harian Metro

Tahan 8 individu bergaduh ‘SYUKUR MAK, AYAH SELAMAT’

- Mohd Shukor Amin am@hmetro.com.my

Pengakuan seorang lelaki warga India melalui video mendakwa dipukul oleh rakan senegara di tempat kerja mereka di sebuah restoran di Sungai Chua, di sini, membawa kepada penahanan mangsa bersama lapan individu warganegar­a sama kerana bergaduh selain tinggal melebihi tempoh di negara ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki berusia 36 tahun selepas menerima video berkenaan melalui kumpulan dalam aplikasi WhatsApp.

Hanya kesyukuran diluahkan seorang peniaga apabila mengetahui ibu dan bapa tirinya terselamat selepas rumah keluargany­a hangus dalam kebakaran di Simpang Empat Bagan Nakhoda Omar, di sini, petang kelmarin.

Kamarrul Arifin Abdullah, 45, berkata, ketika kejadian dia berniaga di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam apabila dimaklumka­n mengenai kejadian oleh rakan sekampungn­ya kira-kira jam 6.15 petang.

Dua warga emas terselamat selepas rumah terbakar

“Sebaik dapat tahu rumah terbakar, badan saya tiba-tiba menggeleta­r dan longlai kerana risau keselamata­n mak dan ayah,” katanya.

Dalam kejadian itu, rumah dua tingkat separuh kayu dan batu yang dihuni Mat Idris Hamidun, 76, dan isterinya, Kalsum Bashir, 71, musnah hingga kerugian hampir RM350,000.

Mengulas lanjut, Kamarrul Arifin yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik berkata, dia lega selepas ibunya memaklumka­n mereka selamat kerana tiada di rumah ketika kejadian.

Nasib keluarga itu turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang melawat mereka bersama-sama wakil agensi kerajaan setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia