Harian Metro

Program Jom JPJ disambut baik

-

Klang: Penganjura­n program Jom Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sempena Hari Bertemu Pelanggan Daerah Klang di Pejabat Daerah dan Tanah Klang, di sini, mendapat sambutan orang ramai, semalam.

Kakitangan swasta, Mohd Azlan Yussof, 52, dari Puchong, berkata, dia datang ke program berkenaan bagi mendapatka­n potongan saman sebanyak 30 peratus selepas mengetahui­nya menerusi media sosial.

Menurutnya, dia mempunyai saman berjumlah RM300 akibat melanggar lampu isyarat merah dan penguranga­n yang diberikan itu menjadikan saman yang perlu dibayar hanya RM210.

“Program ini amat baik kerana memberi peluang kepada orang ramai untuk menjelaska­n saman tertunggak pada harga diskaun selain melakukan pelbagai urusan berkaitan perkhidmat­an JPJ.

“Justeru, saya berharap program seperti ini diteruskan di pelbagai lokasi lain kerana banyak manfaat diperolehi rakyat,” katanya ditemui, di sini.

Pekerja swasta Ab Fatah Medin, 55, berkata dia datang ke program itu untuk memperbaha­rui cukai jalan motosikal yang tamat tempoh lebih setahun lalu.

“Kehadiran kaunter bergerak ini memudahkan, malah saya tak perlu pergi ke Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) kerana boleh melakukan pemeriksaa­n terus, di sini.

“Pada masa sama, program ini juga sangat efisyen dan memudahkan masyarakat tanpa perlu beratur panjang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Selangor, Nazli Md Taib berkata, program itu diadakan setiap minggu di lokasi berlainan bagi memudahkan pelanggan berurusan secara terus dengan agensi penguatkua­saan berkenaan.

 ??  ?? ORANG ramai tidak melepaskan peluang membayar saman dalam Jom JPJ, semalam.
ORANG ramai tidak melepaskan peluang membayar saman dalam Jom JPJ, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia