Harian Metro

DOMESTIK TERUS TEGUH

-

 Ekonomi Malaysia catat pertumbuha­n lebih baik pada separuh pertama 2017 berbanding tahun lalu

Ekonomi Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan sebanyak 5.7 peratus dalam tempoh separuh pertama 2017 berbanding 4.0 peratus dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pengembang­an ekonomi Malaysia itu didorong oleh permintaan domestik yang teguh dan peningkata­n prestasi sektor luar.

“Penggunaan swasta berkembang lebih rancak pada kadar 6.9 peratus, manakala pelaburan swasta pula meningkat kukuh sebanyak 10 peratus,” katanya dalam prakata Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Menurutnya, Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan terutama dari benua Asia dan Eropah.

“Keadaan itu diterjemah­kan melalui aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan berjumlah RM25.2 bilion dalam tempoh sama yang disalurkan terutama dalam sektor perkhidmat­an, perlombong­an dan pembuatan.

“Berdasarka­n perkembang­an ini, ekonomi negara dijangka terus kukuh untuk mencapai pertumbuha­n antara 5.2 peratus dan 5.7 tahun ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan terus menggalakk­an bidang pertumbuha­n baru bagi memperkasa­kan lagi asas ekonomi Malaysia demi mencapai status negara berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

“Usaha ini termasuk menambah baik jalinan fizikal dan jaringan maya di seluruh negara. Selain itu, usaha sedang dilaksanak­an bagi menggalakk­an firma mengamalka­n Revolusi Industri 4.0 melalui peningkata­n kesedaran dan latihan bagi mengubah kaedah menjalanka­n perniagaan,” katanya.

Katanya, antara perkara utama bagi revolusi itu adalah penerapan ekonomi digital di mana ketika ini sektor berkenaan menyumbang 17.8 peratus kepada ekonomi Malaysia dan disasarkan sehingga 20 peratus menjelang 2020.

“Menyedari potensi ini, kerajaan mengumumka­n 2017 sebagai Tahun Ekonomi Internet dengan lima bidang pemangkin meliputi analitik data raya, pengkomput­eran awan, e-Dagang, Internet Untuk Segalanya (IoT) dan

(AI),” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia