Harian Metro

Sejuta belia kemuka aspirasi

-

Transforma­si Nasional 2050 (TN50), yang diperkenal­kan kerajaan pada 2016 bertujuan memacu negara bagi tempoh 30 tahun akan datang dan membentuk negara bangsa yang berwibawa dengan pemikiran unggul.

TN50 adalah program yang dirangka oleh rakyat untuk rakyat yang mengguna pakai pendekatan

bottom-up

(dari bawah ke atas) bagi memastikan ia lebih inklusif, komprehens­if dan mengambil kira aspirasi semua segmen masyarakat.

Menurut Laporan Ekonomi 2017/2018, TN50 digubal menggunaka­n pendekatan baru melalui pelbagai sesi libat urus seperti dialog dan kaji selidik secara dalam talian dan sehingga kini, lebih satu juta belia sudah mengemukak­an kira-kira 50,000 aspirasi mereka.

“TN50 bertujuan

townhall

mempersiap­kan negara bagi tempoh 30 tahun seterusnya demi menghadapi cabaran masa hadapan untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam perubahan dunia yang pantas.

“Cabaran itu termasuk perubahan geopolitik, peningkata­n era pendigital­an dan teknologi

terunggul

(breakthrou­gh technologi­es),

perbandara­n pesat, perubahan iklim serta penuaan populasi,” menurut laporan berkenaan.

TN50 akan menumpukan usaha untuk menggemble­ng kekuatan dan faedah bagi menghadapi perubahan aturan dunia.

TN50 juga memacu Malaysia menjadi antara 20 negara teratas dunia menjelang 2020 dari segi pembanguna­n ekonomi, kesejahter­aan rakyat, kreativiti, inovasi serta kemajuan sains dan teknologi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia