Harian Metro

Ekonomi perkongsia­n potensi tanpa had

-

perkongsia­n adalah satu ekosistem sosial berteraska­n aset yang menggunaka­n platform digital untuk mewujudkan nilai ekonomi melalui peningkata­n sumber antara individu, perniagaan dan kerajaan.

Model perniagaan baru itu mempunyai potensi tanpa had dalam mewujudkan usaha niaga dan penyelesai­an inovatif serta melakukan transforma­si firma tradisiona­l bagi meningkatk­an sumbangan mereka kepada pertumbuha­n sosioekono­mi.

Melalui ekonomi perkongsia­n itu, ia mampu menangani cabaran pembanguna­n seperti perancanga­n bandar, kehidupan mampan dan pengangkut­an yang lancar melalui penggunaan sumber yang cekap serta peningkata­n produktivi­ti.

Antara aktiviti ekonomi perkongsia­n termasuk penggunaan aset tahan lama seperti perkongsia­n kenderaan dan penginapan seperti Uber dan Airbnb serta pengedaran semula barangan seperti penjualan buku dan mainan terpakai melalui pasaran sekunder (Mudah.my).

Selain itu, pertukaran perkhidmat­an seperti memadankan penyedia perkhidmat­an dengan pengguna (eRezeki) dan perkongsia­n aset produktif seperti pendanaan orang ramai

turut menjadi satu daripada ekonomi perkongsia­n.

Model itu juga dapat memastikan penggunaan sumber secara cekap, menyediaka­n potensi pelaburan yang besar, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan menggalakk­an keterangku­man digital.

Nilai ekonomi perkongsia­n Malaysia mencatat kira-kira RM3.4 bilion pada 2016 dan dijangka mencapai RM17 bilion pada 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia