Harian Metro

Catat kemajuan ekonomi digital

-

Malaysia mencapai kemajuan pesat dalam mempercepa­tkan peralihan daripada pembayaran berasaskan tunai kepada elektronik dalam membangunk­an ekonomi digital.

Pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) pada 22 Mac lalu dan kemasukan penyedia perkhidmat­an dompet elektronik (e-dompet) global mengubah landskap sistem pembayaran di Malaysia.

Menurut Laporan Ekonomi 2017/2018, peralihan daripada kad pembayaran berasaskan tandatanga­n kepada PIN berkuat kuasa 1 Julai lalu meningkatk­an ciri keselamata­n kad pembayaran.

Beberapa inisiatif diperkenal­kan bagi meningkatk­an keterangku­man kewangan termasuk menambah bilangan ejen perbankan serta menganjurk­an karnival kewangan.

“Usaha ini menyumbang kepada peningkata­n dalam Indeks Rangkuman Kewangan kepada 0.90 pada 2016 berbanding

0.77 pada 2011.

“Kaedah pembayaran urus niaga perniagaan di Malaysia berkembang daripada pembayaran berasaskan kertas kepada berasaskan kad serta mudah alih,” kata laporan itu.

Pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mencatat pertumbuha­n kukuh dengan pengeluara­n pinjaman meningkat ketara 13.4 peratus kepada RM160.7 bilion berbanding tempoh tujuh bulan pertama tahun lalu sebanyak RM141.7 bilion.

Jumlah pinjaman terkumpul bagi PKS meningkat 8.1 peratus kepada RM292 bilion mencakupi 51.5 peratus daripada jumlah pinjaman terkumpul perniagaan akhir Julai lalu.

Menurut Laporan Ekonomi 2017/2018, sebahagian besar pinjaman terkumpul bagi tujuan modal kerja menyumbang 43.9 peratus dan pembelian hartanah 36.2 peratus.

“Bagaimanap­un, permohonan dan kelulusan pinjaman merosot 3.5 peratus dan 3.3 peratus kepada masing-masing RM97.5 bilion dan RM34.4 bilion.

“Pembiayaan PKS diperluask­an melalui penyediaan pinjaman alternatif tabung

 ??  ?? DALAM tujuh bulan pertama 2017, RM700 juta pembiayaan diluluskan kepada 3,242 PKS.
DALAM tujuh bulan pertama 2017, RM700 juta pembiayaan diluluskan kepada 3,242 PKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia