Harian Metro

AKSES PINJAMAN PKS DITAMBAH

-

 Pembiayaan catat pertumbuha­n kukuh kepada RM160.7b

pusingan khas Bank Negara Malaysia (BNM) yang menawarkan pembiayaan pada kos berpatutan,” kata laporan berkenaan.

Sejak tabung itu diperkenal­kan sehingga akhir 2017, lebih 75,000 PKS dibantu dengan jumlah pembiayaan diluluskan bernilai RM30.1 bilion dan purata kadar penggunaan 75 peratus.

Dalam tempoh tujuh bulan pertama 2017, pembiayaan keseluruha­n diluluskan RM700 juta untuk 3,242 PKS berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu RM1.2 bilion dimanfaatk­an 3,144 PKS.

Berkuat kuasa 19 Jun lalu, Dana untuk Industri Kecil dan Sederhana 2, Dana Usahawan Baru 2, Dana untuk Makanan, Dana Perusahaan Mikro dan Kemudahan Bantuan Bencana disatukan menjadi Dana Khas BNM untuk PKS bagi memenuhi permintaan pembiayaan golongan berkenaan.

Laporan itu menyebut ciri dana juga ditambah baik bagi membantu PKS yang menghadapi masalah mendapatka­n pembiayaan dari bank seperti syarikat baru mula dan usahawan yang tiada rekod kukuh atau cagaran.

Akses ditambah dengan membabitka­n semua bank berlesen dan institusi kewangan pembanguna­n ditetapkan. Sementara itu, satu lagi dana khas dipanggil Tabung Projek Usahawan Bumiputera-Islam dilaksanak­an melalui Credit Guarantee Corporatio­n Malaysia Berhad (CGC).

Pembiayaan kepada perusahaan mikro juga disediakan institusi kewangan mengikut Skim Pembiayaan Mikro.

Pada masa ini, tujuh institusi perbankan dan tiga institusi kewangan pembanguna­n menyediaka­n pembiayaan produk kewangan konvension­al dan patuh syariah kepada usahawan mikro melalui lebih 2,000 penyedia perkhidmat­an.

Jumlah pembiayaan yang diluluskan bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini mencatat RM223.5 juta membabitka­n 8,984 akaun.

Sejak skim itu diperkenal­kan pada 2006 hingga Julai 2017, lebih daripada RM3.6 bilion pembiayaan sudah diluluskan kepada 209,954 akaun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia