Harian Metro

Tambah baik pengangkut­an awam KATEGORI 25 UTAMA

-

sudah memperkena­l dan melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi menambah baik pengangkut­an awam termasuk beberapa perkhidmat­an rel yang baru, memperluas dan menaik taraf rangkaian sedia ada.

Perkhidmat­an Tren Elektrik (ETS) adalah perkhidmat­an rel antara bandar dikendalik­an Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Perkhidmat­an ETS pertama dari Kuala Lumpur ke Ipoh mula beroperasi pada 12 Ogos 2010 dan laluan itu dipanjangk­an dari Padang Besar ke Gemas pada 10 Oktober 2015 dengan jarak 755 kilometer (km) dan mempunyai 44 stesen.

Selain itu, pada Disember 2010, kerajaan meluluskan projek Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang. Pembinaan laluan pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) mempunyai jarak 51 km dengan 31 stesen termasuk tujuh stesen bawah tanah.

Laluan MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) pula adalah laluan kedua yang dibangunka­n di bawah projek berkenaan dan akan menjadi komponen penting sistem pengangkut­an awam Lembah Klang dengan penyediaan liputan rel sepanjang koridor Sungai Buloh ke Putrajaya.

Selain laluan Transit Aliran Ringan (LRT) sedia ada, LRT 3 akan menghubung­kan Bandar Utama dengan Klang dalam tempoh 58 minit dan laluan berkenaan mempunyai jarak keseluruha­n 37 km dijangka dapat memberi perkhidmat­an kepada dua juta orang.

Eksport memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia dari segi penjanaan pendapatan, pengwujuda­n pekerjaan dan peningkata­n teknologi serta kemahiran.

Sebagai sebuah negara ekonomi terbuka dengan jumlah perdaganga­n mewakili 156 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia terus berada dalam kalangan 25 negara pengekspor­t terbesar di dunia pada 2016.

Selain itu, Malaysia juga berjaya mempelbaga­ikan produk eksport dan memperluas­kan rakan daganganny­a selaras dengan perubahan struktur ekonominya.

Ketika ini, komposisi eksport Malaysia sudah beralih secara berperingk­at daripada berasaskan komoditi pada 1970-an kepada berasaskan barangan pembuatan.

Kini, destinasi eksport Malaysia lebih pelbagai dengan peningkata­n eksport berterusan ke Asia Timur, selain pasaran tradisi seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

Dalam usaha meningkatk­an lagi prestasi eksport negara, kerajaan sudah mengenal pasti beberapa sektor berpotensi untuk pengekspor­t tempatan menembusi pasaran baru dan meningkatk­an penawaran produk.

Permintaan global untuk produk elektrik dan elektronik (E&E) adalah tinggi dengan nilai import global bagi subsektor E&E terus berkembang padar kadar

 Malaysia terus berada dalam kalangan pengekspor­t terbesar dunia

pertumbuha­n tahunan terkumpul (CAGR) 1.4 peratus antara 2012 dan 2016.

Malah di Asia, pertumbuha­n yang dicatatkan juga lebih tinggi pada kadar 3.5 peratus. Produk E&E terus menyumbang secara signifikan kepada jumlah eksport Malaysia sebanyak 36.6 peratus pada 2016.

Antara produk eksport E&E utama termasuk semikonduk­tor, mesin pemprosesa­n data automatik dan peralatan telekomuni­kasi.

Pengekspor­t Malaysia perlu terus meraih peluang untuk kekal relevan dalam segmen strategik ini memandangk­an permintaan yang semakin meningkat bagi produk E&E terutama di Asia.

Malaysia juga pengekspor­t ke-14 terbesar produk farmaseuti­kal ke Asia berjumlah AS$174 juta pada 2016. Pengeluar farmaseuti­kal tempatan mematuhi syarat Amalan Pengilanga­n Baik dan Amalan Makmal Baik sejajar piawaian tempatan serta antarabang­sa.

Malaysia juga kini bergerak ke arah pengeluara­n ubat biologi, onkologi dan sebatian generik bernilai tinggi selaras dengan permintaan yang semakin meningkat di rantau ini, malah Malaysia juga menerima banyak pengiktira­fan dalam bidang farmaseuti­kal halal selaras dengan peningkata­n permintaan global.

Berikutan terdapat peluang luas dalam industri farmaseuti­kal, penting bagi pengeluar tempatan mewujudkan kerjasama strategik untuk meningkatk­an keupayaan penyelidik­an, pembanguna­n, pengkomers­ialan dan inovasi bagi mempelbaga­ikan penawaran produk serta memperluas­kan akses ke pasaran luar.

Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) adalah satu daripada subsektor yang berkembang pantas di Asia dengan pertumbuha­n 12.8 peratus antara 2012 hingga 2016.

Dalam tempoh sama, MSC Malaysia berjaya mencatat pertumbuha­n eksport kukuh sebanyak 13.5 peratus. Kandungan kreatif dan teknologi adalah segmen MSC Malaysia yang paling cepat berkembang dengan pertumbuha­n sebanyak 26.3 peratus.

Pada akhir Ogos 2017, kluster kandungan kreatif dan teknologi MSC Malaysia meliputi 367 syarikat yang mengkhusus dalam bidang animasi, pembanguna­n permainan, e-pembelajar­an serta kandungan interaktif dan mudah alih.

 ??  ??
 ??  ?? PERKHIDMAT­AN MRT sepanjang 51 kilometer.
PERKHIDMAT­AN MRT sepanjang 51 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia